Proses pengundian awal itu melibatkan 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan yang akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu.
Kedua-dua pusat pengundian awal berkenaan akan ditutup pada jam 5 petang nanti.
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.
DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu ini.
-- BERNAMA