Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata negara berkenaan akan menghantar pesawat P-8 Poseidon keduanya ke Perth, Australia bagi membantu mencari pesawat Penerbangan Malausioa MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Dalam satu kenyataan, ia berkata bahawa pesawat itu akan berlepas dari pangkalannya di Okinawa, Jepun hari ini.

"Keadaan cuaca buruk termasuk potensi permukaan berais menjadikan kehadiran pesawat P-8 yang direka untuk semua keadaan cuaca, amat berharga," tambah kenyataan itu.

Armada Pasifik AS juga akan menggerakkan pengesan sonar 'Towed Pinger Locator Hydrophone' dan 'Bluefin-21' ke Perth, sebagai persediaan mengesan kotak hitam MH370 andai objek yang ditemui disahkan serpihan pesawat itu.

Ini bagi membolehkan aset itu segera dikerah memandangkan jangka hayat bateri kotak hitam tersebut adalah singkat.