MELAKA: Jika Perlis terkenal dengan mangga harum manis, Melaka pula berbangga dengan jambu batu lohan varieti GU16 yang semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan penggemar buah segar di negeri ini.
Bukan saja bersaiz gergasi, malah kerangupan, rasa manis dan kandungan airnya yang tinggi memberi nilai tambah kepada jambu batu lohan yang dijangka menjadi antara produk pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.
Sehubungan itu, pengusaha jambu batu lohan Abdul Halim Abdullah, 47, berkata beliau telah memulakan persediaan seawal Jun lepas bagi memastikan kebunnya seluas empat hektar di Jalan Setulang Daeng, Bukit Rambai, di sini mampu memenuhi permintaan buah berkenaan yang dijangka meningkat menjelang TMM 2024.
Beliau berkata secara purata kebunnya mampu menghasilkan 800 kilogram (kg) hingga 1.8 tan jambu batu lohan seminggu yang akan digredkan mengikut berat bermula 800 gram hingga 2 kg bagi membolehkan pengguna memilih saiz buah dikehendaki.
"Cuma untuk TMM2024 ini saya lebih tumpukan kepada pengeluaran buah premium iaitu gred A, tetapi dari segi harga kita akan cuba kekalkan pada harga biasa iaitu RM5 sekg," katanya kepada Bernama.
Selain itu, beliau turut berusaha meningkatkan kualiti buah menerusi penjagaan yang lebih teliti dan sistem pengurusan kebun seperti membaja, membalut dan mengredkan buah dilakukan dengan lebih baik.
"Sebagai pengusaha tunggal jambu batu varieti ini di Melaka, amat penting kualitinya dijaga. Bukan saja untuk TMM2024, tetapi juga pasaran biasa seperti di pasar borong serta dihantar ke luar Melaka seperti Pulau-Pinang, Kelantan dan Pahang.
"Semua ini dilakukan dengan kerjasama FAMA ( Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) yang telah membantu saya sejak dari hari pertama buah ini dipasarkan di pasaran terbuka," katanya yang mengusahakan kebun tersebut sejak 2019 dengan mendapatkan benih jambu batu lohan dari Taiwan.
Bekas kontraktor telekomunikasi itu berkata pokok jambu batu lohan yang mampu hidup hingga 25 tahun juga memberi kelebihan dalam memastikan pengeluaran buah berpanjangan.
Katanya secara purata kebunnya menghasilkan kira-kira lima tan metrik jambu batu lohan gred A dengan nilai RM25,000, gred B sekitar empat tan dengan nilai RM14,000, manakala buah 'reject' sekitar satu peratus sebanyak tiga tan (RM7,500) setiap bulan.
"Buah ini kita boleh 'bentuk' kitaran pengeluarannya dan penggiliran tersebut mampu memastikan buah tidak putus dan saiznya juga dapat dikawal. Ini secara tidak langsung memudahkan kita membuat anggaran berapa tan buah yang akan dihasilkan pada setiap kitaran," katanya.
Dibantu oleh lima pekerja, Abdul Halim berkata selain memasarkan melalui FAMA, beliau turut membuka kebunnya untuk dikunjungi pengemar buah tersebut sekali gus menyemarakkan konsep agropelancongan di kawasan itu.
Setakat ini, beliau berkata kebunnya itu berjaya menarik ramai pengunjung termasuk dari Pahang dan Perak yang datang untuk melihat sendiri bagaimana buah tersebut diusahakan secara komersial.
"Pada TMM2024, kita jangka lebih ramai pengunjung akan datang ke kebun dan berharap kunjungan tersebut akan mempopularkan lagi jambu batu lohan setanding mangga harum manis di Perlis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023

Abdul Halim berkata beliau telah memulakan persediaan seawal Jun lepas bagi memastikan kebunnya mampu memenuhi permintaan buah berkenaan yang dijangka meningkat menjelang TMM 2024. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.

Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.

Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.

MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.

FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.

FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.

Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.