KUALA LUMPUR: Polis menutup dan melencongkan beberapa laluan berhampiran Istana Negara di sini, bermula 7 malam ini hingga diberitahu kelak, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor.
Beliau berkata lencongan jalan dilaksanakan di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) dari Kuala Lumpur menghala keluar ibu negara (Plaza Tol Duta) dan penutupan jalan dari susur masuk dari Pusat Bandaraya; susur masuk Jalan Tuanku Abdul Halim ke Jalan Semantan; Jalan Semantan ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan susur masuk dari Jalan Semantan ke Jalan Changkat Semantan.
"Penutupan dan lencongan ini bertujuan untuk kelancaran proses Pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan pengguna jalan raya sekitar Kuala Lumpur dinasihatkan merancang semula perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tersangkut dalam lencongan berikutan penutupan jalan.
"Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi segala arahan daripada pihak polis bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 19 2022

Polis menutup dan melencongkan beberapa laluan berhampiran Istana Negara, bermula 7 malam ini hingga diberitahu kelak, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.

Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.

Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.

Banjir Kedah: Jalan ke UUM sudah dibuka, boleh dilalui kenderaan biasa - Polis
Jalan utama ke Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Lebuhraya Changlun-Sintok yang sebelum ini dinaiki air, kini sudah boleh dilalui kenderaan biasa.

Beberapa jalan utama di Raub ditutup akibat banjir
Antara yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah KM344-KM342 Jalan Kuala Lipis-Kota Bharu (Gali Lurus-Gali Hilir) dan Jalan Cheroh-Gesing.

Banjir: 30 jalan utama di Kelantan ditutup
Daripada keseluruhan 30 jalan utama, 14 jalan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan manakala 16 lagi hanya kenderaan ringan.

Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.

Banjir: Jalan Persekutuan di Sungai Durian, Kuala Krai boleh dilalui - Polis
Jalan Persekutuan dari Kota Bharu ke Gua Musang berhampiran balai bomba Sungai Durian yang ditutup semalam kini dibuka semula kepada semua jenis kenderaan setakat tengah hari ini.

Banjir Kelantan: Beberapa jalan di Tanah Merah ditutup, ditenggelami air
Beberapa jalan di daerah Tanah Merah ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang menenggelami jalan selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Tanah runtuh: Laluan ke Betong ditutup satu lorong
Tanah runtuh mengakibatkan laluan FT077 Seksyen 4.80, Jalan Pengkalan Hulu - Betong di daerah Hulu Perak dibuka kepada satu lorong pada Khamis.