Polis Selangor berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah menggunakan taktik langgar dan samun kenderaan mangsa dengan menahan tujuh lelaki dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Petaling Jaya pada Rabu dan Khamis lepas.
Kesemua suspek, yang berusia dalam lingkungan 20 dan 38 tahun, diberkas di Desa Mentari dan Ara Damansara oleh sebuah pasukan khas polis berikutan kejadian samun trak pikap Toyota Hilux dilaporkan di kawasan Damansara pada 6.30 pagi, Rabu lepas.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata dalam insiden samun itu, empat suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam telah bertindak melanggar belakang trak pikap itu yang dipandu seorang lelaki.
"Ketika mangsa keluar dari keretanya untuk melihat kerosakan kesan dari perlanggaran tadi, kumpulan suspek ini telah mengancam mangsa dengan membaling tin minuman kepada mangsa sebelum melarikan kereta miliknya (mangsa)," katanya pada sidang media di sini Isnin.
Bertindak daripada laporan mangsa, polis menjejaki dan menahan empat suspek di kawasan Desa Mentari pada 10.30 malam hari yang sama dan hasil soal siasat ke atas mereka, tiga lagi suspek ditahan di Ara Damansara kira-kira 2 pagi.
Beliau berkata penahanan kesemua suspek itu membawa kepada penemuan empat kenderaan yang dipercayai hasil samun yang ditempatkan di kawasan parkir awam di lokasi suspek diberkas iaitu Toyota Hilux, Nissan Teana, Proton Waja dan Proton Putra.
Polis turut merampas sebuah Proton Waja yang digunakan suspek ketika melakukan samun terhadap pemilik kenderaan Toyota Hilux selain merampas beberapa peralatan termasuk buku lima, sarung tangan dan sebilah parang.
"Siasatan awal turut mendapati kesemua suspek ini mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah, samun dan penyalahgunaan dadah. Kesemua mereka direman hingga 30 Mei ini untuk siasatan lanjut," katanya.
Mengulas penemuan dua mayat di Seksyen 26 di sini, Thaiveegan berkata sehingga kini polis telah menahan 17 lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Semalam, polis menemui dua mayat dipercayai dua sahabat warga Indonesia yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Seri Kembangan, 1 Mei lalu.
Kedua-dua mayat itu ditemui kira-kira 3.15 petang dengan keadaan reput di bawah pokok pisang berhampiran Sungai Klang.
"Polis masih menunggu laporan forensik dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Bernama
Mon May 27 2013
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Samun warga asing: Geng Ah Boon tumpas, 3 ahli kumpulan ditahan
Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Baru Dengkil, Selangor.
Geng gagak hitam aktif menyamun ditembak mati
Polis giat memburu dua lelaki warga asing dipercayai rakan subahat kepada geng warga Afrika yang ditembak mati dekat Ampang, di sini semalam.
Polis tahan lelaki, kesan tiga lagi geng samun kedai serbaneka
Polis menahan seorang lelaki dan mengesan tiga lagi rakannya yang disyaki menyamun kedai serbaneka 24 jam menggunakan senjata tajam di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.
Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan
Tiga individu termasuk pasangan kekasih berusia 23 hingga 44 tahun itu ditahan pukul 10.30 malam dan polis turut merampas wang tunai dipercayai hasil samun.
Geng remaja samun kedai 24 jam sekitar Kota Kinabalu tumpas
Kereta yang dinaiki tujuh suspek hilang kawalan lalu terhumban ke dalam parit selepas 45 minit dikejar polis.
Polis tumpas geng samun kereta, tahan tujuh lelaki
Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah menggunakan taktik langgar dan samun kenderaan mangsa dalam dua serbuan berasingan.