Polis giat memburu dua lelaki warga asing dipercayai rakan subahat kepada geng warga Afrika yang ditembak mati dekat Ampang, di sini semalam.
Kedua-dua suspek dipercayai aktif dalam jenayah penipuan tukaran wang asing membabitkan kerugian lebih RM11.7 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim percaya pihaknya berjaya melumpuhkan salah satu geng samun yang aktif melakukan rompakan.
Menurutnya, modus operandi geng tersebut ialah membawa mangsa ke tempat menukar wang yang mana ketika dalam perjalan suspek akan berhenti ditempat sunyi dan menyamun mangsa.
“Kita percaya telah dapat melumpuhkan geng gagak hitam yang menggunakan modus operandi menyamun mangsa ketika ingin menukar wang secara gelap iaitu dengan kadar tinggi," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu negara, hari ini.
Dalam kejadian awal pagi Sabtu, sepasukan polis cuba mengejar lima lelaki yang didakwa telah melakukan rompakan di Jalan Damai, Cheras.
Lelaki berkenaan cuba menyerang polis sehinggakan empat das tembakan terpaksa dilepaskan yang mengakibatkan suspek maut di tempat kejadian.
Mazlan memambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 394/397 dan 307 Kanun Keseksaan.
Beliau juga menyeru orang ramai supaya tidak menukar wang dengan cara begitu kerana ia mempunyai risiko tinggi.
Astro Awani
Sun May 20 2018
![Geng gagak hitam aktif menyamun ditembak mati Geng gagak hitam aktif menyamun ditembak mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525605088_MazlanLazim.jpg)
MAZLAN percaya pihaknya berjaya melumpuhkan salah satu geng samun yang aktif melakukan rompakan.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735971163_pendatang.jpg)
Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.
![Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722940302_handcuff.jpg)
Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan
Polis berkata suspek dipercayai mengupah pemandu lori untuk membawa keluar mesin itu dengan menggunakan kenderaan tersebut.
![Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728738656_Tanahruntuh.jpg)
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
![Geng pecah rumah warga asing tumpas Geng pecah rumah warga asing tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719288646_LelakiPecahRumah.jpg)
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
![Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715672757_benang.jpg)
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
![MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713241406_TBMPAJjpg.jpg)
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
![Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000 Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710805224_tbKessamunemas.jpg)
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
![Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706785286_HandcuffGari.jpg)
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
![Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620535858_lengang.jpg)
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
![Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703888065_kespecahrumah.jpg)
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.