AMPANG: Seramai tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan urus niaga emas hingga melibatkan kerugian RM300,000 di Taman Melawati, pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
"Mangsa bersama rakannya membuat urus niaga berkaitan jongkong emas dengan seorang wanita dan lelaki di sebuah pusat beli-belah, di sini, pada jam 1 petang," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Azam berkata, mangsa kemudian diminta menaiki sebuah kereta Proton Gen2 untuk mengambil emas berkenaan dan didakwa dibawa pusing tiga kali mengelilingi pusat beli-belah terbabit.
"Mereka kemudian dibawa ke Jalan G1 dan kereta itu berhenti di tepi jalan sebelum empat suspek lelaki warga asing dengan seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah kepala mangsa.
"Suspek juga menggunakan penyembur lada, kemudian merampas beg yang mengandungi wang tunai berjumlah RM300,000. Kesemua suspek telah melarikan diri dengan menaiki kereta lain," katanya.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pada jam 7.15 malam hari sama, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menangkap seorang wanita di Taman Melawati.
"Susulan tangkapan itu, kita membuat serbuan di sebuah unit kondominium di Jalan Ampang dan menahan dua wanita, pada jam 11.40 malam pada keesokan hari," katanya.
Menurutnya, suspek pertama direman lima hari hingga 20 Mac dan dua lagi suspek direman sehingga 23 Mac.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 18 2024
![Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000 Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710805224_tbKessamunemas.jpg)
Kereta dinaiki mangsa sebelum dia disamun di tepi jalan di Taman Melawati, pada Jumaat lalu. - Foto PDRM/Sinar Harian
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
![Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715738106_AkhyarRashid.jpg)
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
![Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715203216_OKUMautDisamun.jpg)
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
![Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714701816_AkhyarRashidjpg.jpg)
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
![Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714636719_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
![Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713444999_teksi.jpg)
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
![Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, awal pagi semalam.
![Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713156830_kedaiserbaneka.jpg)
Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu
Kedua-dua suspek berjaya melarikan wang perniagaan kedai serbaneka berkenaan termasuk barang kemas milik mangsa.
![Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711516964_PerompakMati.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
![Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000 Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710805224_tbKessamunemas.jpg)
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.