SERDANG:Tiga ahli kumpulan Geng Ah Boon yang terlibat dalam kes samun warga asing ditahan, pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Baru Dengkil, Selangor.
“Kesemua suspek berusia lingkungan 27 hingga 43 tahun.
“Mereka dipercayai terlibat dengan kes samun di tapak pembinaan berhampiran LRT Bandar Puteri, Puchong membabitkan mangsa seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja di situ.
“Polis turut merampas lima pisau, sebilah parang, lima telefon bimbit dan kereta perodua Myvi,” katanya dalam satu kenyataan, pada lewat malam Rabu.
Mengulas lanjut, Razali berkata suspek mengaku terlibat dengan jenayah samun dan kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
“Semua suspek direman lima hari sehingga 24 Januari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Afiezy Azaman
Wed Jan 20 2021

Tiga ahli kumpulan Geng Ah Boon ditahan pada Rabu. -PDRM
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

‘Geng Ah Boon’ aktif pecah rumah, premis di tiga negeri tumpas
Kedua-dua suspek direman sembilan hari bermula 28 Ogos hingga hari ini.

Samun warga asing: Geng Ah Boon tumpas, 3 ahli kumpulan ditahan
Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Baru Dengkil, Selangor.