SHAH ALAM: Polis menahan lima lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat memukul dan mencederakan seorang wanita serta mencampakkan mangsa ke bawah Jambatan Kampung Sawah, Banting, kira-kira 30 kilometer dari sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada Khamis lepas, 3.25 pagi, mengatakan telah terdengar suara orang meminta tolong di bawah jambatan itu.
Katanya wanita tempatan berumur 52 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank tempatan itu diselamatkan oleh orang awam yang kemudian menghantar mangsa ke Hospital Banting, selepas sekitar sejam kejadian berkenaan.
"Hasil temu bual awal, kejadian berpunca kerana mangsa menegur tindakan suspek yang kerap membuat bising serta selalu meminum minuman keras dan mengambil dadah di dalam rumah sewa yang didiami oleh mangsa dan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata mangsa telah dipukul dan dicederakan dengan menggunakan senjata tajam dan rotan oleh beberapa lelaki warga tempatan kemudian dicampakkan di jambatan tersebut.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat telah berjaya membuat tangkapan terhadap lima orang lelaki warga tempatan pada petang hari yang sama di sekitar Banting dan merampas sebuah kenderaan jenis Proton Perdana dan sebatang rotan," katanya.
Katanya kesemua suspek berumur antara lingkungan 30-an dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain tiga daripada mereka positif dadah jenis methaphetamine dan ganja.
"Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 364 dan 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Polis menahan lima lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat memukul dan mencederakan seorang wanita serta mencampakkan mangsa ke bawah Jambatan Kampung Sawah, Banting. -Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Kes curi: Pembantu peribadi pelakon wanita dibebas dengan jaminan polis
Wanita itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi di rumah seorang pelakon wanita yang juga majikannya di Taman Cempaka membabitkan kerugian kira-kira RM30,000, pada 26 Jun lalu.
Polis tumpas 'Geng Vennu' terlibat kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang
Polis menahan dua anggota kumpulan 'Geng Vennu' yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang.
Polis tahan dua pengasuh disyaki dera, abai kanak-kanak di taska
Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.
Penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis
Suspek dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat IPK Pulau Pinang di kawasan Machang Bubok.
Pemandu bas kilang ditahan bantu siasatan kerosakan poster parti
Polis menahan seorang pemandu bas kilang hari ini bagi membantu siasatan kejadian poster sebuah parti politik yang telah dirosakkan menggunakan senjata tajam di kawasan Tampoi di sini.
Polis tahan pekerja taska dipercayai abai kanak-kanak setahun
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita tempatan berumur 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini pada 2.15 petang Selasa lepas.
Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal
Kesemua yang ditahan didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk jenayah curi motosikal dan dadah, selain ada di antara mereka yang baru dibebaskan daripada penjara.
Polis tahan lima lelaki pukul, campak wanita ke bawah jambatan
Polis menahan lima lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat memukul dan mencederakan seorang wanita serta mencampakkan mangsa ke bawah Jambatan Kampung Sawah, Banting, kira-kira 30 kilometer dari
Lelaki miliki 15 rekod jenayah ditahan bersama lebih 60kg dadah
Seorang lelaki yang memiliki 15 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki memiliki lebih 60 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM190,200 di sebuah rumah di Kampung Baru, semalam.
Polis tahan Long Tiger kes kurung bekas pekerja - Ayob Khan
Abdul Hamim Ab Hamid, 35, ditahan di Muar pada Isnin lalu pukul 9.45 malam.