Golongan yang berpendapatan tetap pun dirundung soal ini, apatah lagi mereka yang bekerja sendiri tanpa slip gaji.
Jadi bagaimana?
Usah resah, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) ada jawapannya.
SJKP merupakan sebuah badan yang disokong oleh kerajaan Malaysia menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan, yang wujud dengan satu misi: memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
Pada pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan telah memperuntukkan RM10 bilion kepada SJKP bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, khususnya buat golongan B40 dan M40.
Bagaimanapun, anda tidak akan diberi bantuan kewangan, tetapi SJKP membantu dengan cara menjadi ‘guarantor’ kepada pihak bank bagi membolehkan bank memberi pembiayaan perumahan anda.
Andai kata pendapatan bulanan anda tidak tetap sepertimana yang bank-bank mahukan, SJKP hadir untuk memberi anda sokongan dengan menjadi penjamin.
Dalam kata lain, bank akan lebih yakin untuk memberikan anda pinjaman dengan skim jaminan kredit daripada SJKP.
SJKP menawarkan dua skim:
1. Skim Jaminan pembiayaan sehingga RM500,000 termasuk kos rumah dan kos-kos tambahan seperti yuran guaman, (MRTT/MRTA), Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHOT), dan yuran penilaian.
Jaminan pembiayaan melebihi 100 peratus pinjaman anda daripada bank, dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
2. SJKP-MADANI: Sesuai untuk mereka yang ingin membeli rumah berharga tak lebih RM300,000. Jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus termasuk harga rumah, sedikit dengan tambahan untuk pengubahsuaian dan perabot, serta yuran guaman, yuran penilaian, MRTT/MRTA dan LTHOT.
Untungnya, anda tidak perlukan bayaran duit muka ataupun wang pendahuluan jika menggunakan skim SJKP.
Pendek kata, kini anda boleh memiliki rumah pertama dengan lebih mudah, tak kira anda bekerja dengan pendapatan tetap mahupun bekerja sendiri.
Syaratnya: Bayaran pinjaman bulanan tidak melebihi 65 peratus pendapatan kasar bulanan, tiada rekod CCRIS tertunggak melebihi 2 bulan dalam tempoh 12 bulan, dan tiada rekod-rekod kredit lain yang negatif.
Mudah kan dengan SJKP? Jika berminat, layari laman web rasmi mereka (https://www.sjkp.com.my/) untuk maklumat lanjut.