PUTRAJAYA: Pemohon dalam kumpulan sasaran di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) atau institusi kewangan apabila SRP tidak lagi diteruskan mulai tahun ini.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam kenyataan hari ini berkata walaupun SRP, yang dilancarkan pada 2011 tidak diteruskan namun kerajaan melalui Belanjawan Madani 2023 telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di bawah SJKP.
KPKT berkata dalam pengumuman Belanjawan Madani 2023, kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd bersetuju menyediakan jaminan pembiayaan melalui SJKP sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan.
SJKP adalah salah satu Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang dilancarkan oleh KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan pada 14 April 2022 bertujuan meningkatkan pemilikan kediaman terutamanya dalam kalangan golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal.
"SJKP merupakan program yang menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig," menurut KPKT.
Menurut kenyataan KPKT itu, sebanyak 16,808 peminjam telah menerima manfaat dengan nilai pinjaman RM2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP itu sehingga 31 Dis lepas.
Program SRP diumumkan semasa Belanjawan 2011 bagi membantu golongan muda untuk memiliki rumah pertama. Ia melibatkan yuran jaminan kepada Cagamas ditanggung oleh kerajaan, dan Cagamas menyediakan jaminan supaya pembeli rumah mendapat amaun pinjaman yang lebih tinggi daripada institusi kewangan.
Tarikh tutup permohonan SRP telah ditetapkan pada 31 Mac 2023.
Sepanjang tempoh pelaksanaan program SRP, sebanyak RM19.9 billion nilai pembiayaan telah memberi manfaat kepada 86,708 peminjam.
"KPKT akan terus menyokong usaha membantu peminjam mencapai impian pemilikan rumah selari dengan aspirasi dan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat," menurut ementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
![Pemohon Skim Rumah Pertamaku masih boleh dapat pembiayaan melalui SJKP Pemohon Skim Rumah Pertamaku masih boleh dapat pembiayaan melalui SJKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679567419_PerumahanTerancang.jpg)
Kerajaan melalui Belanjawan Madani 2023 telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di bawah SJKP. - Gambar hiasan
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Kerajaan diminta teruskan Skim Rumah Pertamaku - Senator Kerajaan diminta teruskan Skim Rumah Pertamaku - Senator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680519594_PerumahanTerancang.jpg)
Kerajaan diminta teruskan Skim Rumah Pertamaku - Senator
Kerajaan diminta meneruskan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang dimansuhkan baru-baru ini bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama.
![Pemohon Skim Rumah Pertamaku masih boleh dapat pembiayaan melalui SJKP Pemohon Skim Rumah Pertamaku masih boleh dapat pembiayaan melalui SJKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679567419_PerumahanTerancang.jpg)
Pemohon Skim Rumah Pertamaku masih boleh dapat pembiayaan melalui SJKP
Pemohon dalam kumpulan sasaran di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
![Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679486263_PerumahanTerancang.jpg)
Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.
![Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490402902_PPAM.jpg)
Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib
Beliau berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan perumahan mampu milik sejak 2009, ketika beliau mula menyandang jawatan Perdana Menteri.
![Kelayakan skim rumah pertamaku naik kepada RM5,000 Kelayakan skim rumah pertamaku naik kepada RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81357258288_120x90.jpg)
Kelayakan skim rumah pertamaku naik kepada RM5,000
Had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013