Had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013.
Kenaikan berkenaan merupakan satu daripada kriteria kelayakan SRP yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 tahun lepas, demikian menurut Cagamas SRP Bhd dalam kenyataan.
Bagi peminjam bersama, ia berkata had pendapatan telah dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan, tertakluk kepada pendapatan peminjam individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
"Di samping itu, keperluan untuk rekod simpanan bersamaan tiga bulan ansuran dan pekerjaan minimum enam bulan akan dimansuhkan," kata Cagamas SRP.
Ia berkata skim itu membolehkan pembeli rumah mendapatkan 100 peratus pembiayaan daripada bank yang mengambil bahagian, membolehkan mereka memiliki rumah tanpa perlu membayar 10 peratus bayaran pendahuluan.
"Cagamas SRP akan menjamin 10 peratus bayaran pendahuluan daripada pinjaman di bawah skim ini," katanya.
Cagamas diberi mandat pada 2011 untuk memainkan peranan aktif membantu golongan muda, rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta untuk memiliki rumah pertama mereka di bawah SRP.
Bernama
Thu Jan 03 2013

AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Cagamas muktamadkan terbitan sukuk, bon bernilai RM499 juta
Cagamas Bhd berjaya memuktamadkan terbitan sukuk dan bon bernilai RM499 juta di pasaran domestik dan antarabangsa.

Cagamas pamer momentum positif dengan terbitan agregat RM1.19 bilion
Hasil daripada terbitan itu akan digunakan untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan dan pembiayaan Islam daripada sistem kewangan domestik.

Kerajaan umum pengecualian duti setem, galak sektor swasta sediakan pelan persaraan
Kementerian Kewangan mengumumkan pengecualian duti setem bagi mengurangkan beban kewangan kepada pemohon.

Kelayakan skim rumah pertamaku naik kepada RM5,000
Had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013