Satu daripada fokus utama kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah menyediakan perumahan mampu milik kepada setiap lapisan masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan perumahan mampu milik sejak 2009, ketika beliau mula menyandang jawatan Perdana Menteri.
"Setiap bajet Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana bagi merealisasikan aspirasi rakyat berkaitan perumahan, dan terbaru dalam Bajet 2018, sejumlah RM2.2 bilion diperuntukkan bagi meneruskan usaha menyediakan perumahan untuk semua," kata beliau dalam catatan terbaharunya yang bertajuk 'Perumahan Untuk Semua' di blog NajibRazak.com.
Najib berkata bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), kerajaan melaksanakan antaranya Program Perumahan Rakyat yang disewakan atau dijual pada harga amat rendah iaitu antara RM35,000 hingga RM42,000, dengan kos selebihnya dibiayai subsidi kerajaan.
Bagi golongan B40 tanpa rumah atau tinggal di rumah yang daif tetapi mempunyai tanah, beliau berkata program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia disediakan dengan kerajaan membina rumah pada kos RM65,000, iaitu subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 berserta subsidi 2 peratus kadar faedah pinjaman.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata program Rumah Idaman Rakyat pula membina rumah atas tanah kurniaan kerajaan negeri atau persekutuan pada harga tidak melebihi RM350,000 dengan jualan diutamakan diwujudkan bagi pembeli Orang Kelainan Upaya atau ibu tunggal.
Bagi golongan berpendapatan sederhana (M40), beliau berkata kerajaan menyediakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM100,000 hingga RM400,000.
"Terdapat juga Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang menyasarkan rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan yang ingin membeli rumah pertama mereka. Rumawip dijual pada harga daripada RM63,000 hingga RM300,000.
"Bagi penjawat awam, kerajaan melaksanakan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), terutamanya penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana yang dijual pada harga antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit," jelas beliau.
Selain itu, kerajaan memperkenalkan pelbagai skim bagi membantu rakyat memiliki rumah, yang satu daripadanya ialah Skim Rumah Pertamaku bagi membantu golongan muda baru bekerja dengan pendapatan kurang RM5,000 untuk mendapat pembiayaan 100 peratus.
"Bercakap mengenai deposit, terbaru saya mengumumkan Skim MyDeposit, di mana kerajaan membantu golongan yang ingin membeli rumah tetapi tidak mempunyai wang pendahuluan dengan membayar deposit tersebut bersamaan 10 peratus daripada nilai rumah di bawah RM500,000 atau sehingga jumlah maksimum RM30,000," kata beliau.
Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan banyak lagi inisiatif yang kerajaan laksanakan atas dasar keprihatinan kerajaan kepada keinginan dan keperluan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri termasuk golongan berpendapatan rendah, golongan berpendapatan sederhana dan mereka yang mungkin tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar deposit.
Perdana Menteri berkata malang sekali, seperti 'nasib' yang menimpa Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, subsidi pendidikan dan kesihatan serta bantuan-bantuan kerajaan yang lain, kesemua inisiatif itu telah dijadikan modal politik murah oleh pembangkang.
''Kepada mereka ini, daripada terus menyebarkan berita palsu serta fitnah memburukkan kerajaan, buatlah kerja yang bermanfaat, uar-uarkan skim perumahan ini kepada rakyat, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri.
"Janganlah kerana nama pembangkang, segala-galanya pun ingin dibangkang. Inisiatif dan usaha baik yang kerajaan laksanakan, panjangkanlah kepada rakyat. Walaupun pembangkang tak berupaya laksanakan dan tak dapat buat, sekurang-kurangnya boleh bawa rakyat kepada mereka yang berupaya deliver, yakni Barisan Nasional," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018

Najib menegaskan banyak lagi inisiatif yang kerajaan laksanakan atas dasar keprihatinan kerajaan kepada keinginan dan keperluan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri. - Gambar hiasan
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution
Inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia telah memberi manfaat besar kepada golongan B40 termasuk penduduk pedalaman Orang Asli di Taman Negara, Kuala Tahan.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.

Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.

Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.

Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).

Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.