PADANG BESAR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan cubaan membunuh seorang anggota polis di Chuping, di sini, Oktober tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah berkata, suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sebuah rumah tidak bernombor di sini, jam 10.30 pagi semalam.
"Suspek, berusia 43 tahun, berjaya dikesan hasil Op Cantas Khas berdasarkan maklumat dan risikan.
“Suspek diburu polis selepas tindakannya mengundur kenderaan pikap sebelum merempuh motosikal dinaiki anggota polis yang mengejarnya kerana disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Kampung Kubang Tiga, Chuping pada 16 Okt lalu.
"Suspek berjaya dikesan hasil Op Cantas Khas berdasarkan maklumat dan risikan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Shokri berkata, ketika penangkapan, suspek cuba melarikan diri dengan melompat dari tingkap rumah berkenaan.
Namun, suspek berjaya ditahan selepas mengalami retak tulang di tumit kaki kanannya dan terpaksa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk diberi rawatan.
Katanya, suspek bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.
"Semakan terhadap rekod jenayah lampaunya mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah dan dadah malah hasil ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.
Sementara itu polis telah memperoleh perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 28 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Sebelum ini, suspek sangat dikehendaki kerana disyaki terbabit dengan cubaan membunuh anggota polis yang cuba memberkasnya kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan penyeludupan PATI di sekitar Chuping tahun lalu.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Mar 22 2024

Polis telah memperoleh perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 28 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Muhamad Hasrulnizam membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret.

Polis tahan lelaki terlibat cubaan bunuh anggota polis
Suspek ditahan polis dari IPK Perlis dan IPD Padang Besar di sebuah rumah tidak bernombor di padang Besar, jam 10.30 pagi Jumaat.