JOHOR BAHRU:Polis menahan seorang lelaki dan merampas 65 kotak mercun pelbagai jenis di sebuah premis pengedar minyak pelincir di Taman Perindustrian Empayar, Gelang Patah, di sini, petang semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam Supt Dimin Awang berkata lelaki berumur 28 tahun itu merupakan pekerja di premis tersebut, ditahan anggota pasukannya pada kira-kira 6.45 petang.
"Kesemua mercun terbabit dianggar bernilai lebih RM56,000," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dimin berkata lelaki bersama mercun berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).
Beliau sehubungan itu, turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

Lelaki bersama mercun yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut. --fotoBERNAMA

Realisasikan cadangan letak pasukan pengaman PBB di Gaza - Tun M
Tragedi yang berlaku di Gaza telah meletakkan isu kemanusiaan pada titik paling rendah, selain tiada usaha untuk menghentikannya.

Bazar perayaan lain di KL akan guna konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah pada Jumaat bersetuju untuk memperluaskan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur.

Jualan sektor automotif dijangka merosot pada 2025
Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

ASEAN termasuk Malaysia dapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China - Moody's
Negara anggota ASEAN khususnya Vietnam, Malaysia dan India telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China terutamanya dalam tekstil dan elektronik, kata Moody's Ratings.

UNRWA: Bekalan tepung untuk edaran di Gaza hanya bertahan sekitar enam hari
UNRWA memaklumkan bahawa bekalan tepung untuk diedarkan di Gaza hanya mampu bertahan sekitar "enam hari" kerana tiada bantuan baharu masuk sejak 19 hari lepas.

Tahun 2024 catat jumlah kematian tertinggi migran - Agensi Migrasi PBB
Sekurang-kurangnya 8,938 orang kehilangan nyawa di laluan migrasi sepanjang 2024, menjadikannya tahun paling banyak kematian dalam rekod.

Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Rakyat Malaysia harus menolak suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Hong Leong Bank Bhd lancar lagu Senyum Senyum Raya
Sempena Syawal tahun ini, Hong Leong Bank Bhd (HLB) tampil dengan kelainan dengan pelancaran lagu raya bertajuk Senyum Senyum Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Alif Satar.
Penganggur mengaku tak bersalah pandu melulu
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya, yang boleh menyebabkan kematian dalam kejadian langgar lari membabitkan dua kenderaan pada Januari lepas.

Polis gagalkan cubaan seludup syabu RM1.06 bilion ke Australia
Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion.

Ahli perniagaan rugi RM89,000 akibat projek tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM89,000 selepas menjadi mangsa kes penipuan projek tidak wujud di Miri.

Polis, MCMC diminta siasat individu hina Nabi Muhammad di FB - Aaron
Aaron mahu polis dan MCMC menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun FB, Khor Soon Seat yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Tiga polis Indonesia terbunuh ketika serbu judi sabung ayam
Kesemua mangsa cedera parah akibat tembakan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis buka kertas siasatan insiden tampar bukan Muslim makan ketika Ramadan
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang lelaki bukan Muslim diherdik dan ditampar seorang individu semasa makan ketika Ramadan di kedai serbaneka di pusat beli-belah di sini.

Polis tumpas sindiket dadah sasar nelayan
Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas dalam Ops Penyu 1.0.

Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta tanpa kebenaran
Polis sedang menyiasat aduan mengenai tindakan sekumpulan lelaki mengeluarkan 28 kereta yang masih menunggu keputusan mahkamah berkaitan tuntutan insurans.

Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan
Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan

Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Polis Diraja Malaysia menerima maklumat terbaharu berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang membabitkan satu pautan rakaman video.

Empat lelaki diburu bantu siasatan kes serang, tetak pekerja restoran
Siasatan awal mendapati empat lelaki itu memakai topi dan penutup muka, bersenjatakan parang serta menaiki sebuah kereta warna gelap.