BALIK PULAU: Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan melibatkan kerugian lebih RM96,000.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar negeri ini, semalam berhubung enam kes penipuan.
Beliau berkata wanita berusia 36 tahun yang ditahan itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud secara dalam talian dan mengakibatkan kerugian paling banyak iaitu lebih RM76,000.
Berdasarkan siasatan, katanya mangsa iaitu seorang wanita dijanjikan komisen melalui pekerjaan kononnya dari sebuah syarikat beroperasi di Korea Selatan yang mempunyai sebuah gudang di Klang, Selangor.
"Mangsa menerima komisen RM412 setelah dia memasukkan wang RM189.26 ke akaun bank diberikan sindiket dan dia semakin tertarik dengan pekerjaan itu lalu membuat beberapa lagi pembayaran ke akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM76,651.69," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut Kamarul Rizal, wanita itu kemudian tidak lagi menerima sebarang komisen sebelum membuat laporan polis selepas merasakan menjadi mangsa penipuan.
Beliau berkata lima lagi lelaki yang ditahan dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan antaranya pinjaman wang tidak wujud, penipuan melalui panggilan telefon dan jual beli kenderaan tidak wujud, melibatkan kerugian kepada mangsa antara RM1,540 hingga RM10,000.
Kesemua enam individu itu kini direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang berhubung enam kes penipuan. - Gambar hiasan
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Masyarakat perlu hayati pengorbanan pejuang terdahulu - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masyarakat sentiasa menghayati pengorbanan pejuang tanah air terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Pelancongan Pendidikan: UMPSA berjaya tarik minat pelajar luar
Program pelancongan pendidikan atau Edu-Tourism yang ditawar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mampu menjadi tarikan kepada pelajar antarabangsa menyambung pendidikan ke peringkat tinggi di Malaysia.
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
Bancian ESSCOM: 6,200 komuniti Pala'u warganegara Malaysia
Bancian dijalankan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mendapati 6,200 daripada kira-kira 28,000 orang dalam komuniti Pala'u di Sabah ialah warganegara Malaysia.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui, bernilai lebih RM20,000
MCMC memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga premis terlibat menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi berikutan bekalan yang terhad
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan bekalan yang terhad berikutan ramalan cuaca buruk di Thailand.
Lapangan terbang di timur Perancis dibuka semula selepas ditutup 'atas sebab keselamatan'
Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak awal pagi Jumaat susulan 'tindakan khianat' yang menyasarkan rangkaian kereta api.
Umur bukan penghalang Johnathan cipta sejarah di Paris
Johnathan Wong, 31 tahun, dijadual beraksi dalam acara kegemarannya iaitu 10 meter (m) air pistol lelaki bagi pusingan kelayakan esok.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000
Kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang berhubung enam kes penipuan.
Sindiket pelaburan tidak wujud tumpas, enam keldai akaun ditahan
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pelaburan tidak wujud yang giat mencari mangsa menerusi pengiklanan di Facebook.
Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjadi "keldai akaun" kepada satu sindiket penipuan berkaitan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda sembunyi RM195,000 milik warga emas
Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen.
Pindaan dua akta banteras 'akaun keldai' dibentangkan sesi Parlimen kali ini
Pindaan bagi Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.
Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dipenjara empat bulan
Mahkamah Sesyen menjatuhi seorang penghantar barang hukuman penjara empat bulan, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang RM100,000.
Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Salah seorang mangsa telah membuat 33 transaksi ke dalam beberapa akaun bank termasuk milik suspek membabitkan jumlah melebihi RM70,000.
Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000
Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mendapatkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.