KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki dan merampas barangan bernilai kira-kira RM9.2 juta dalam empat serbuan membanteras penyeludupan kontraban, bunga api dan hidupan liar di ibu kota dan Perak bermula Rabu hingga Jumaat lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata serbuan berkenaan dilakukan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK).
Beliau berkata dalam serbuan pertama menerusi Op Bersepadu Khazanah di sebuah rumah di Setapak di sini pada Rabu lepas, pihaknya menahan dua lelaki dan merampas dua ekor burung Murai Batu dianggar bernilai RM160,000.
"Dalam operasi itu juga, pasukan serbuan berjaya mengesan sebuah stor yang menyimpan 186 kotak pelbagai jenis bunga api bernilai RM650,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan semalam.
Hazani berkata dalam Op Kontraban di sebuah premis perindustrian di Teluk Intan, Perak pada Khamis lepas, pasukan serbuan menahan dua lelaki dan merampas 13,133 karton rokok putih serta 3,300 karton rokok kretek dipercayai diseludup masuk bernilai RM6,764,417.
Beliau berkata serbuan turut merampas wang tunai berjumlah RM103,000 dan tiga kenderaan.
"Dalam serbuan di sebuah premis perindustrian di Tambun pada semalam pula, polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok dengan merampas 3,349 karton rokok putih dan 253 karton rokok kretek pelbagai jenama dianggar bernilai RM1.4 juta," katanya.
Hazani berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
Beliau berkata sejak Januari hingga semalam, CPSK dan Pasukan Gerakan Am telah melakukan 42 serbuan melibatkan rampasan berjumlah RM50,345,509.66 dan menahan 60 individu.
"CPSK yang diwujudkan di peringkat ibu pejabat Jabatan KDNKA merupakan antara penyumbang utama keberhasilan di bawah Op Kontraban, Operasi Bersepadu Khazanah dan operasi lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Polis merampas barangan bernilai kira-kira RM9.2 juta dalam empat serbuan di Kuala Lumpur dan Perak bermula Rabu hingga Jumaat lepas. Foto PDRM

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PGA tumpas cubaan seludup tanaman hiasan lebih RM4 juta di Pasir Mas
Pasukan PGA Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup tanaman hiasan dengan anggaran rampasan bernilai RM4.3 juta.

PGA rampas kosmetik Thailand bernilai lebih RM100,000
Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984 dan hasil rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

PGA rampas produk kosmetik dianggar RM90,000 disyaki cuba diseludup
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM92,600 dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Tumpat semalam.

Polis Marin catat rampasan RM216 juta setakat November 2024
Babitkan 7,756 kes jenayah maritim termasuk penyeludupan kontraban seperti dadah, barangan kawalan, migran serta pencerobohan sempadan.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

Dua lelaki ditahan seludup pelbagai kotak barangan runcit bernilai lebih RM100,000
PGA mengesan sindiket itu selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Kastam patahkan penyeludupan pelbagai komoditi bernilai lebih RM1.76 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia tumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai komoditi melibatkan sitaan bernilai lebih RM1.76 juta pada Ogos lepas.

Usaha banteras rasuah perlu tekad semua pihak - PM
Tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah, penyeludupan dan kartel tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran
Direktorat Jeneral Imigresen membongkar beberapa cara yang sering digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikuti prosedur undang-undang.