GEORGE TOWN: Polis menahan empat lelaki termasuk dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk Yew Tung Seang di Jalan Park, Pulau Tikus, di sini semalam.
Kesemua suspek berusia antara 25 dan 37 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pantai Bersih, Butterworth pada 10.15 pagi semalam, iaitu kira-kira sejam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian pecah rumah tersebut.
Menurut sumber polis, kejadian itu disedari ahli keluarga Yew pada 9 pagi selepas mendapati rumah tersebut dalam keadaan berselerak dan pemeriksaan lanjut mendapati sebuah kenderaan jenis Honda CRV dan beberapa barangan hilang antaranya komputer riba serta beg berjenama.
"Pemeriksaan kamera litar tertutup di kediaman rasmi itu mendapati kelibat lelaki telah memasuki rumah dua tingkat tersebut pada 5 pagi dan melarikan barangan yang hilang termasuk sebuah kereta," katanya di sini hari ini.
Sumber berkata dua suspek yang ditahan masing-masing bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamatan sementara dua lagi menganggur, dengan tiga daripada mereka mempunyai tiga hingga 21 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan berkenaan, selain memberitahu polis sedang memburu beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat.
Menurut beliau, polis percaya dengan penahanan empat lelaki itu pihaknya berjaya menyelesaikan kejadian pecah rumah tersebut dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
"Polis juga berjaya merampas semula sebahagian daripada barang yang dilarikan suspek termasuk kereta, cuma buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut kerana kita masih mengesan saki-baki suspek dan barang kes,” katanya.
Sahabudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
![Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pecah masuk kediaman Datuk Bandar MBPP Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pecah masuk kediaman Datuk Bandar MBPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623562782_DatukSahabudinAbd.jpg)
Sahabudin berkata, polis berjaya merampas semula sebahagian daripada barang yang dilarikan suspek termasuk kereta. - Gambar fail
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Dua parah ditetak 11 lelaki pecah masuk rumah Dua parah ditetak 11 lelaki pecah masuk rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737995829_TBsamun.jpg)
Dua parah ditetak 11 lelaki pecah masuk rumah
Dua lelaki tempatan cedera parah selepas ditetak 11 lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka di Jalan Bunga Melur, Batu 14, Puchong, Selangor, tengah malam Sabtu.
![Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737472257_kespecahrumah.jpg)
Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
![Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735899336_TBMAHKAMAHJOHOR.jpg)
Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa
Tiga ahli 'Geng Atan' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melakukan pecah rumah dengan niat mencuri, bulan lepas.
![Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727156801_TBMKumar.jpg)
Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan.
![Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728450077_HandcuffGari.jpg)
Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.
!['Geng Takim' aktif pecah rumah tumpas di Changkat Jering, tiga ditahan 'Geng Takim' aktif pecah rumah tumpas di Changkat Jering, tiga ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729779717_MohamadNasirIsmai.jpg)
'Geng Takim' aktif pecah rumah tumpas di Changkat Jering, tiga ditahan
Polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah premis dan curi kenderaan selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai anggota kumpulan dikenali sebagai Geng Takim.
![Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729651872_polismelakapecah.jpg)
Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah
Lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai melakukan jenayah secara solo ditahan di sebuah hotel di Angkasa Nuri kira-kira 4.20 petang 16 Okt.
![Tanah runtuh Melawati: Polis jamin rumah mangsa dikawal rapi Tanah runtuh Melawati: Polis jamin rumah mangsa dikawal rapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729151966_tbtanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh Melawati: Polis jamin rumah mangsa dikawal rapi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan bahawa kediaman mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh di Taman Melawati akan dikawal rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian pecah rumah.
![Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711701239_HusseinOmarKhan.jpg)
Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis
Seorang lelaki dipercayai penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas bertindak merempuh kereta dinaiki polis di Kampung Kundang Rawang, Gombak, awal pagi tadi.
![Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726761708_ArauPPS.jpg)
Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah
Ia bagi memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.