TANGKAK: Polis menahan dua beradik yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak November lalu, di sebuah rumah di Sungai Mati di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata, pada serbuan antara 2.30 petang hingga 3.25 petang itu, dua lelaki berkenaan yang berusia 40 dan 42 tahun, ditahan bersama dadah disyaki jenis heroin dan syabu seberat 4.73 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM138,607.
"Berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki tempatan itu, berstatus duda serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Hasil saringan ujian air kencing turut mendapati si abang positif dadah jenis methamphetamine.
"Mereka menjadikan rumah yang didiami sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan dadah. Kesemua dadah yang dirampas dipercayai diedar untuk pasaran tempatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak, di sini hari ini.
Beliau berkata, dadah tersebut iaitu heroin seberat kira-kira 3.8 kg bernilai RM45,493 dan syabu anggaran berat 0.93 kg bernilai RM93,114 boleh menampung atau digunakan oleh seramai 8,543 orang penagih.
Katanya, selain dadah, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda Accord dengan anggaran nilai RM45,000 selain menyita sebuah lagi kenderaan jenis Honda City bernilai kira-kira RM26,000 dan wang tunai RM2,000.
Mohd Fadhil berkata, dua beradik itu direman tujuh hari bermula Ahad (9 Jan) sehingga Sabtu (15 Jan) ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketika ditanya mengenai kes Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid, 33, yang melarikan diri dari Mahkamah Tangkak, tanpa mengulas lanjut beliau berkata lelaki berkenaan masih berada di Penjara Sungai Udang, Melaka.
Pada 15 Disember lepas, Abdul Hamim dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah sebelum perbicaraan kesnya bermula yang didakwa mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki tempatan itu, berstatus duda serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Hasil saringan ujian air kencing turut mendapati si abang positif dadah jenis methamphetamine. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
10 Berita Pilihan - (18 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kadar gaji minimum RM1,700 beri manfaat bagi pekerja dan majikan
Peningkatan kadar gaji minimum adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin.
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan gesa pembaharuan dasar dadah dalam mesyuarat ISAM
Lukanisman berkata, menyahkriminalisasi penggunaan dadah membantu meminimumkan akibat berbahaya yang berkaitan dengan penggunaannya.
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
Supt Juna berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
MOT mahu pinda Akta 333, pastikan hukuman untuk pemandu positif dadah - Loke
Undang-undang sedia ada tidak membolehkan pendakwaan terhadap pemandu terbabit selagi mereka tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Wanita ditahan bersama lebih 200 kilogram methamphetamine
Sepasukan anggota Kastam, menemukan 13 guni berisi 268 bungkusan berlabel teh cina yang mengandungi dadah tersebut di dalam kereta jenis Hyundai Starex, dipandu oleh wanita terbabit.
Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK
Penglibatan remaja dan belia dengan najis dadah berpunca daripada keretakan masalah sosial.
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.