WILMINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memaklumkan beliau dan keluarga menerima keputusan kes anaknya, Hunter Biden yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api haram dan di bawah pengaruh dadah

Dalam satu kenyataan bertulis Biden berkata beliau juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.

Pada Selasa, Joe Biden dilihat tiba di Lapangan Terbang Di Wilmington, Delaware dan disambut Hunter sebaik keputusan dikeluarkan.

Keluarga Biden dilihat berpelukan antara satu sama lain dan berbual seketika sebelum meninggalkan lapangan terbang dengan kenderaan berasingan.

Hunter Biden menjadi anak Presiden AS yang pertama yang disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api haram dan di bawah pengaruh dadah.

Keputusan juri, dicapai selepas kira-kira tiga jam berbincang, mengikuti perbicaraan selama seminggu di kampung halaman keluarga Biden di Wilmington, Delaware.