KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar permohonan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, permohonan itu dihantar kepada Interpol Asia sebelum dirujuk ke ibu pejabat Interpol yang berpangkalan di Lyon, Perancis.
"Pihak Interpol Asia sedang menunggu jawapan daripada Interpol di Lyon dan kita yakin memang ada Notis Merah akan dikeluarkan.
"Jawapan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita sudah terima pada 3 Oktober lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pada Selasa.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, PDRM sudah menerima dokumen diperlukan daripada SPRM sebelum dimajukan ke Interpol.
Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, SPRM sedang menyediakan beberapa dokumen diperlukan termasuk draf pertuduhan kes untuk diserahkan kepada PDRM bagi melengkapkan permohonan notis merah terhadap menantu Muhyiddin itu dan seorang lagi individu.
Permohonan notis merah itu perlu dibuat melalui PDRM.
SPRM memohon notis merah terhadap Muhammad Adlan serta peguamnya, bagi siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 10 2023

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, semalam.

Polis sudah serah permohonan notis merah menantu Muhyiddin kepada Interpol
PDRM telah menghantar permohonan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PDRM terima permohonan notis merah kes menantu Muhyiddin - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan SPRM berhubung bantuan yang diperlukan.

PDRM peroleh notis merah Interpol untuk Jho Low, Nicky Liow
Notis merah untuk kedua-dua individu terbabit masing-masing diperoleh pada 11 Jun 2018 dan 20 April 2021.

Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.

Pihak pendakwaan selektif, hanya dakwa Najib
Mahkamah Rayuan dimaklumkan hari ini bahawa pihak pendakwaan bersikap selektif ketika mendakwa Datuk Seri Najib Razak.

Notis pengusiran keluarga bekas pekerja ladang Bukit Jalil ditarik balik
Khalid berkata penarikan balik notis itu dimaklumkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu pada Rabu.

Jho Low ada 'penasihat' yang bagus - Daim
Tun Daim percaya bahawa Jho Low tidak bertindak seorang diri melakukan jenayah penyelewelengan berbilion ringgit daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

'Hong Kong tolak permintaan Singapura tahan Jho Low pada 2016'
Jurucakap polis Singapura dipetik berkata terdapat dakwaan di mana Singapura tidak meminta bantuan untuk jutawan kelahiran Pulau Pinang yang berusia 37 tahun itu ditangkap.

Jho Low tinggalkan Macau - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya dimaklumkan perkara itu melalui emel yang diterima daripada pihak berkuasa Macau.