JOHOR BAHRU: Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan 'notis merah' terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang mengetuai sindiket 'Geng Nicky' dan juga pembantunya.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, notis merah terhadap Liow dikeluarkan Interpol dua hari lalu (20 April), manakala notis ke atas pembantunya dikenali sebagai Niu Zhe, 31, warga China, telah dikeluarkan semalam.
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap Liow.
"Kedua-dua mereka telah mendapat notis merah" katanya ringkas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Selain itu, beliau juga mengesahkan seorang pegawai polis telah ditahan berhubung geng sama, namun enggan mengulas lanjut kerana operasi untuk menjejaki individu terlibat masih dijalankan.
"Saya tidak mahu membuat kenyataan satu persatu. Jika ada tangkapan susulan, Polis Johor akan buat sidang media. Apa yang pasti, operasi masih lagi berterusan dan akan ada tangkapan susulan," katanya.
Hari ini, akhbar tempatan mendedahkan bahawa polis telah menahan seorang pegawai kanan berpangkat ASP, berhubung kegiatan jenayah terancang diketuai oleh Liow.
Dalam isu lain, Ayob Khan memaklumkan seorang lelaki telah ditahan kerana didapati menyamar sebagai peguam istana Diraja Johor, untuk memperdaya sebuah syarikat pengiklanan dengan bayaran pemasangan papan iklan sebanyak RM185,000.
Katanya, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan pada pukul 9.40 pagi tadi, di Kampung Dato Onn Jaafar, Johor Bahru susulan satu laporan polis yang dibuat pada 31 Mac 2011, berkaitan penipuan individu menyamar sebagai peguam Istana Diraja Johor.
"Individu itu yang juga merupakan seorang peguam, telah memperdaya syarikat berkenaan dengan membuat penyamaran untuk mendapatkan pembayaran cas pemasangan papan iklan sebanyak RM185,000 di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
"Peguam ini akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok di bawah Syeksen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.
AWANI 7:45 [14/3/2025] – Golongan belia bankrap | TVET dapat penuhi pasaran | Rakam keterangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
AWANI Tonight: Ismail Sabri returns to MACC HQ for full day of questioning
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob returned to the MACC headquarters today, to continue his questioning over a corruption case linked to the former prime minister.

Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.

Datuk Seri Nicky Liow belum ditangkap - Polis Johor
Ayob Khan menegaskan, berita yang tular di media sosial mengatakan sebaliknya, adalah tidak benar dan palsu.