KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung penularan video di aplikasi TikTok mengenai pendirian menyokong perjuangan ahli politik dari India yang membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata rakaman menerusi akaun @gangarammahato280 tersebut memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves.
"Rakaman video berdurasi seminit 18 saat yang mendapat 16,000 tontonan, 52 sukaan dan 302 komen turut dikesan menerusi aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.
"Ia berhubung perjuangan Hindu Samachar serta tindakan ahli politik daripada Parti Bharatiya Janata, Nupur Sharma yang mengeluarkan kenyataan penghinaan tersebut," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam.
Menurutnya siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan tidak menyentuh sensitiviti agama serta kaum selain mengingatkan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang sengaja berbuat demikian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022

Abd Jalil berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam. - Gambar fail
![[KOLUMNIS] Pembasmian pengundi hantu [KOLUMNIS] Pembasmian pengundi hantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678196059_PilihanrayaHariMe.jpg)
[KOLUMNIS] Pembasmian pengundi hantu
Pemindahan alamat pengundi semata-mata untuk tujuan pilihan raya merupakan satu bentuk manipulasi bagi kepentingan politik dan bukannya untuk kesejahteraan rakyat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Amirul Aiman dan Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di seluruh negara
- Bantuan Aidilfitri: RM500 kepada penjawat awam dan RM250 untuk persara dibayar minggu depan
- STR Fasa 2 mula disalur Isnin
- Perkembangan banjir di seluruh negara
- Bantuan Aidilfitri: RM500 kepada penjawat awam dan RM250 untuk persara dibayar minggu depan
- STR Fasa 2 mula disalur Isnin

Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka beroperasi dalam masa terdekat
Pembinaan Hospital Pasir Gudang yang menelan kos melebihi RM380 juta kini hampir siap dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Mangsa banjir di Johor, Sarawak terus meningkat pagi ini, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak terus meningkat setakat 8 pagi ini.

Enam stesen pemancar telekomunikasi 5G di Johor terjejas akibat banjir
Semua stesen pemancar 5G berkenaan terjejas akibat bekalan elektrik yang terhenti, namun begitu, ia tidak mengganggu perkhidmatan 4G.

Columbia University setuju ubah polisi selepas diancam pemotongan dana oleh Trump
Trump beri amaran kepada universiti-universiti lain bahawa mereka akan berdepan pemotongan dana jika tidak menerima agendanya.

Paus Francis perlu ‘belajar semula bercakap’ selepas terapi oksigen - Kardinal Fernandez
Aliran oksigen yang tinggi telah mengeringkan segalanya menyebabkan Paus Francis perlu belajar semula bagaimana untuk bercakap.

Pelancong Australia maut, dua cedera bot terbalik di Bali
Kesemua mangsa yang terselamat telah menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan berhampiran dan berada dalam keadaan stabil.

Tiada lagi wakil Malaysia di Terbuka Swiss 2025
Kempen negara gagal selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie kalah dalam dua set kepada pasangan pilihan Thailand.
AWANI Ringkas: Perkembangan Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemandu lori ditahan memandu lawan arus
Seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun, ditahan atas kesalahan memandu secara berbahaya dan melulu.

Pesara mengaku tidak bersalah cederakan lelaki bukan Islam tidak berpuasa
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan seorang pemuda bukan Islam yang tidak berpuasa Ahad lalu.

Warga emas tampar lelaki bukan Islam dituduh semula
Warga emas yang dipercayai menampar seorang pemuda kerana tidak berpuasa di sebuah pasar raya di bandar raya ini akan dituduh semula di Mahkamah Majistret pada petang Rabu.

Insiden serangan pengganas di Politeknik Ungku Omar hanya latihan - Polis
Polis Ipoh mengesahkan insiden serangan pengganas, tembakan dan tebusan pelajar di Politeknik Ungku Omar (PUO) yang viral di media sosial hari ini, adalah latihan pengurusan dan pengendalian krisis.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Geng berparang samun syarikat penghantaran, larikan wang tunai RM46,000
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.26 tengah hari semasa proses pengiraan wang tunai di hab tersebut.

Pelajar retak tulang hidung ditumbuk akibat pertelingkahan
Berpunca daripada pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.