JOHOR BAHRU: Polis telah menjalankan siasatan ke atas foto tular yang memaparkan seorang lelaki memegang senjata api milik seorang anggota polis yang juga rakannya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati gambar berkenaan diambil di hadapan Balai Polis Taman Johor Jaya di sini pada jam 2.43 pagi pada Rabu.
Beliau berkata, gambar berkenaan kemudian tular dalam media sosial khususnya Twitter menerusi satu akaun bernama @evvok.
"Polis telah mengesan satu gambar tular memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam polis sedang menghisap rokok bersama seorang orang awam yang sedang memegang senjata api milik anggota polis berkenaan.
"Orang awam yang merupakan rakan kepada anggota tersebut dilihat memegang senjata api jenis HK-MP5," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Sohaimi berkata, ketika gambar itu diambil, anggota berkenaan sedang bertugas di pos pengawal balai polis berkenaan.
"Siasatan mendapati anggota polis, orang awam yang memegang senjata api dan seorang lagi individu awam yang mengambil gambar berkenaan merupakan rakan dan semuanya berusia 25 tahun.
"Difahamkan, tujuan gambar tersebut diambil adalah sebagai kenang-kenangan, namun ianya telah dimuat naik ke dalam media sosial sehingga menjadi tular," jelasnya.
Katanya, tindakan anggota polis tersebut membenarkan orang awam memegang senjata api ketika bertugas adalah satu kesalahan yang melanggar tatakelakuan.
Jelasnya, siasatan lanjut sedang dijalankan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
"Anggota terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," tambahnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023

Difahamkan, tujuan gambar tersebut diambil adalah sebagai kenang-kenangan, namun ianya telah dimuat naik ke dalam media sosial sehingga menjadi tular. - Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik adalah gambar lama - Polis
Polis menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber sahih serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat.

Anggota polis kacak sedang bertugas tular di Thailand
Segelintir wanita dilihat melakukan komen 'nakal' meminta pegawai tersebut menjadi teman mereka.

MK K-Clique sudah bertunang?
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut.

Polis siasat anggota benarkan rakan pegang senjata api
Polis telah menjalankan siasatan ke atas foto tular yang memaparkan seorang lelaki memegang senjata api milik seorang anggota polis yang juga rakannya.

Berunsur politik, kelulusan sewa khemah PDRM untuk majlis kesyukuran dibatal
Kelulusan sewaan khemah milik Kelab Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kepada seorang individu bagi urusan majlis kesyukuran, dibatalkan serta-merta.