Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau secara dekat kegiatan Al-Arqam bagi memastikan kumpulan yang diharamkan sejak 1994 itu tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Beliau berkata PDRM juga bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang bertanggungjawab dalam menangani kumpulan yang membawa ajaran sesat.
"Kegiatan Al-Arqam memang kami pantau secara dekat, semua aktiviti kumpulan ini dari sudut keselamatan negara, dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang bertanggungjawab," katanya kepada Bernama menerusi khidmat SMS hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai Al-Arqam yang dipercayai masih beroperasi termasuk mengadakan parlimen roh kumpulan itu dua kali sebulan sebagai usaha mengekalkan kesetiaan pengikut ajaran berkenaan.
Parlimen roh Al-Arqam itu dilapor diadakan di Jitra, Kedah dari 2 hingga 4 Jun lepas dan dihadiri balu Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam bagi menjelaskan penahanan pengikut Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).
Pada 13 Mei lepas, Hatijah ditahan bersama-sama sembilan pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Arab Saudi dan akan didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) November ini kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.
Hatijah yang juga dikenali sebagai Ummu Jah boleh didakwa mengikut Seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina pihak berkuasa agama.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri sentiasa mengumpul maklumat mengenai kegiatan Al-Arqam.
"Kerjasama juga diadakan dengan agensi penguatkuasa seperti PDRM bagi memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat ini. Bagaimanapun kami tidak boleh mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata antara ajaran sesat Al-Arqam yang dikenal pasti Jakim ialah kumpulan itu melalui GISB membuka cawangan perniagaan kedai makan dan runcit di luar negara termasuk di Arab Saudi bertujuan mempengaruhi anggotanya bahawa gerakan itu masih aktif walaupun telah diharamkan pada 1994.
"Bagaimanapun perniagaan mereka tidak mendapat keuntungan besar. Selain itu, mereka juga membuat persembahan konsert dan pantomen yang tersirat di dalamnya cita-cita dan fahaman kumpulan itu," katanya.
Othman berkata untuk menyakinkan anggotanya tentang kebenaran ajaran kumpulan ini, Hatijah dikatakan membuka beberapa premis di Makkah dan Madinah.
"Ia kononnya sebagai bukti kemenangan hampir di pihak mereka dalam membina sebuah empayar daulah di akhir zaman seperti yang dijanjikan Allahyarham Asaari Muhammad menerusi 'Jadual Allah'.
"Mengikut kepercayaan ahli GISB, 'futuh' (pembukaan) Malaysia dan Makkah kedua oleh Imam Mahadi akan dibantu oleh pemuda Bani Tamim," katanya.
Othman berkata antara premis dan aset GISB di Arab Saudi ialah Istana RSA, kedai pakaian dan kek, chalet, kebun kurma, kenderaan dan binatang ternakan.
Kumpulan itu juga mengedarkan brosur di hotel-hotel penginapan jemaah haji Malaysia dan Makkah bagi mempromosikan chalet, kebun kurma dan katering masakan Malaysia serta bertemu jemaah lain di sekitar Masjidil Haram.
Bernama
Mon Jun 10 2013
![Polis sentiasa pantau aktiviti Al-Arqam Polis sentiasa pantau aktiviti Al-Arqam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51355290744_120x90.jpg)
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734600032_AnakAbuyaisterid.jpg)
Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam
Anak 'Abuya', didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah atas tuduhan percubaan menghina agama Islam dan bersubahat melakukan kesalahan itu, September lalu.
![GISB: Pertuduhan tiga anak lelaki 'Abuya' ditangguhkan GISB: Pertuduhan tiga anak lelaki 'Abuya' ditangguhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728550363_anaklelaki.jpg)
GISB: Pertuduhan tiga anak lelaki 'Abuya' ditangguhkan
Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan penangguhan pertuduhan daripada pihak pendakwa raya terhadap tiga anak lelaki pengasas gerakan Al-Arqam, Ashaari Muhammad.
![Tiada ahli Pas Kelantan terlibat GISB, Al-Arqam - Mohamed Fadzli Tiada ahli Pas Kelantan terlibat GISB, Al-Arqam - Mohamed Fadzli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727606626_MohamedFadzliHassa.jpg)
Tiada ahli Pas Kelantan terlibat GISB, Al-Arqam - Mohamed Fadzli
Tiada ahli Pas Kelantan terlibat dengan GISB Holdings Sdn Bhd atau Al-Arqam, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
![Bahan bacaan Al-Arqam ditemui di rumah amal, sekolah milik GISB di Kelantan Bahan bacaan Al-Arqam ditemui di rumah amal, sekolah milik GISB di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727163029_gisbh.jpg)
Bahan bacaan Al-Arqam ditemui di rumah amal, sekolah milik GISB di Kelantan
Polis Kelantan menemukan pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam dalam serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISB Holdings di Gong Kulim pada Selasa.
!['Anak, cucu masih trauma selepas terperangkap gerakan Al-Arqam' - Christine Rohani Longuet 'Anak, cucu masih trauma selepas terperangkap gerakan Al-Arqam' - Christine Rohani Longuet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727162789_alarqam.jpg)
'Anak, cucu masih trauma selepas terperangkap gerakan Al-Arqam' - Christine Rohani Longuet
Christine Rohani Longuet mengakui anak dan cucunya yang terperangkap dalam gerakan Al-Arqam suatu ketika dahulu masih dihantui pengalaman pahit dan trauma dengan apa yang berlaku.
![Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, pengikut GISB dilepas dengan bon jaminan Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, pengikut GISB dilepas dengan bon jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726999801_JAIMalarqam.jpg)
Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, pengikut GISB dilepas dengan bon jaminan
Tiga anak lelaki bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang ditahan dalam Op Global semalam, dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dengan bon jaminan sebanyak RM1,000 setiap seorang.
![GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' dirampas di Melaka GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' dirampas di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726930903_GISBAbuya.jpg)
GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' dirampas di Melaka
Seramai 19 kanak-kanak berjaya diselamatkan dalam operasi yang disertai 72 pegawai dan anggota pelbagai agensi kerajaan.
![Kelantan isytihar GISB sesat jika ajaran menyamai al-Arqam - Mufti Kelantan isytihar GISB sesat jika ajaran menyamai al-Arqam - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/41453566697_MohamadShukriMoham.jpg)
Kelantan isytihar GISB sesat jika ajaran menyamai al-Arqam - Mufti
Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perkara itu memerlukan siasatan lanjut dan bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
![Isteri bekas pengasas Arqam meninggal dunia Isteri bekas pengasas Arqam meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71445562644_HatijahAam.jpg)
Isteri bekas pengasas Arqam meninggal dunia
Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah, 62, akan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Bandar Darul Aman hari ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Jalan Kodiang.