JOHOR BAHRU:Polis merampas sebanyak 41,800 karton rokok seludup pelbagai jenama dan dua lori yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM6.66 juta termasuk duti rokok sekitar Johor Bahru, petang semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam serbuan pada pukul 3 petang dan 5.40 petang oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM Wilayah Dua) dua lelaki tempatan berusia 45 dan 48 tahun yang merupakan pemandu lori ditahan.
Mereka masing-masing akan direman selama tiga dan enam hari mulai hari ini, kata Ayob Khan.
"Kita percaya rokok-rokok seludup ini untuk pasaran dalam dan luar Johor. Ini rampasan terbesar tahun ini," kata beliau kepada pemberita di Markas PPM Wilayah Dua, di sini, hari ini.
Turut hadir Komander PPM Wilayah Dua ACP Muhd Zailani Abdullah.
Ketika ditanya mengenai modus operandi, beliau berkata pihaknya percaya bekalan rokok tidak lagi disimpan dalam gudang atau stor bagi mengelakkan daripada dihidu pihak berkuasa.
Sebaliknya, sindiket yang terlibat dipercayai menyeludup rokok dari negara jiran dan transit di perairan antarabangsa sebelum dipindahkan ke bot-bot kecil dan akan dihantar terus ke lokasi yang dikehendaki menggunakan lori.
Ayob Khan berkata pihaknya turut mengenal pasti perairan Pantai Timur yang digunakan oleh sindiket berkenaan untuk membawa masuk rokok seludup itu.
"Fokus kita (selepas ini) bukan sahaja kepada sindiket terlibat tetapi juga premis yang menjual rokok seludup ini.
Kita akan menggempur (premis-premis) ini mengikut daerah dalam masa terdekat ini," kata beliau.
Menurut Ayob Khan, Polis Kontinjen Johor juga ada mencadangkan ke Putrajaya agar kes penyeludupan rokok boleh disiasat di bawah jenayah terancang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Kita dah cadangkan agar kesalahan penyeludupan kontraban di bawah Sosma dan jenayah terancang. Jadi kalau diluluskan, kita akan lebih mudah ambil tindakan ke atas sindiket
"Kita dah kenal pasti dalang utama tapi susah nak kaitkan dengan kesalahan mereka buat masa ini," kata beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(E) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020

Pois percaya bekalan rokok tidak lagi disimpan dalam gudang atau stor bagi mengelakkan daripada dihidu pihak berkuasa. -Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.

Kes penyeludupan bernilai RM10.87 juta di Selangor lumpuh
Rampasan sekitar Selangor itu membabitkan tembakau sedut, rokok putih dan kretek, e-waste serta beras bermula Julai hingga November lalu.

Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.

Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM4.2 juta
Jabatan Kastam Kelantan merampas lebih 6.2 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.2 juta dalam dua lokasi berasingan minggu lepas.

Polis rampas rokok bernilai lebih RM300,000 di sempadan Malaysia-Thailand
Rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Thailand, untuk pasaran tempatan di kawasan kampung dan ladang yang ramai pekerja warga asing.

JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.

Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.

PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.