Komander PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata, rampasan dilakukan di Kampung Cherang Melintang dan Kampung Pak Keral, di sini.
Operasi dijalankan oleh sepasukan anggota Batalion 9 pada pukul 12 tengah malam dan 1 pagi, dengan berjaya menahan sebuah kenderaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki dalam misi Op Taring Wawasan Kelantan.
"Suspek yang menyedari kehadiran polis melarikan diri, meninggalkan kenderaannya di tepi jalan. Pemeriksaan ke atas pacuan empat roda jenis Mitsubishi tersebut menemukan ratusan batang rokok putih tidak bercukai," katanya.
Nik Ros Azhan berkata, kedua-dua suspek disyaki berperanan sebagai "transporter" untuk menyeludup rokok ke pasaran tempatan dan semua barangan rampasan serta kenderaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. - BERNAMA