KUCHING: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM1,157,123.05 menerusi tiga serbuan berasingan yang dijalankan antara 26 Sept dan 6 Okt di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata empat individu termasuk seorang majikan serta tiga pekerja kedai serbaneka berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun turut ditahan dalam siri serbuan di Jalan Canna, Jalan Tan Sri Datuk Amar Sik Kheng Hong dan Jalan Chan Bee Kiew di sini.
"Hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket ini menjadikan kedai serbaneka sebagai tempat penyimpanan serta penjualan barangan tidak bercukai bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di sini.
Dalam kes berasingan, seorang warga emas berusia 61 tahun dan rakan sejenayahnya berumur 35 tahun ditahan untuk siasatan berhubung satu kes samun sebuah kedai emas di Kenyalang Park pada 7 Okt lepas.
"Polis turut merampas beberapa barangan seperti wang tunai berjumlah RM7,742, sebilah pisau, kenderaan jenis Perodua Viva dan tiga unit telefon bimbit.
"Kedua-duanya mempunyai kes jenayah lampau dan seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya.
Tambahnya usaha giat dijalankan bagi mengesan seorang lagi individu berusia 46 tahun yang disyaki terlibat bersama kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM1,157,123.05. - Foto Facebook/IPD Kuching
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Polis rampas lebih RM1 juta rokok, minuman keras seludup di Kuching
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM1,157,123.05.