GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan merekodkan keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung individu kononnya menawarkan sumbangan vaksin COVID-19 keluaran Sinovac untuk negeri itu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis daripada beberapa individu mewakili parti politik termasuk daripada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Pada 19 Mei lepas, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang telah menerima laporan polis berhubung kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang menyatakan tentang sumbangan vaksin kepada Ketua Menteri Pulau Pinang adalah satu penipuan.
"Ekoran daripada laporan polis tersebut satu siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di bawah Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Sumbangan 2 juta dos vaksin: Pulau Pinang kena 'scam' - Khairy
BACA: Syarikat tawar 2 juta dos vaksin digesa tampil beri penjelasan - KM Pulau Pinang
Beliau berkata siasatan masih di peringkat awal dan beberapa tindakan perlu diambil antaranya merakam percakapan saksi-saksi daripada pihak syarikat yang berkaitan, pejabat Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan dan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya, siasatan awal mendapati penulis surat yang menawarkan 2 juta dos vaksin jenis Sinovac hanyalah wakil kepada syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang dilantik secara lisan dan bukannya pengarah urusan syarikat itu sepertimana yang dinyatakan dalam surat berkenaan.
Sahabudin berkata pihaknya akan menghubungi syarikat yang terlibat untuk mengesahkan status pendaftaran syarikat berkenaan dan peranan penulis surat tersebut.
"Modus operandi kes ini adalah individu yang merupakan wakil syarikat Xintai Development Enterprise Ltd dipercayai cuba untuk menipu kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menawarkan 2 juta dos vaksin jenis Sinovac yang dipercayai tidak wujud," katanya.
Menurutnya, penulis surat itu juga mengesahkan bahawa tandatangan pada surat yang dihantar ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang adalah miliknya.
"Polis sedang menjalankan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum menghantarnya ke pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang untuk nasihat dan pandangan setelah semua tindakan siasatan selesai diambil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021

Sahabudin menjelaskan siasatan masih di peringkat awal dan beberapa tindakan perlu diambil. - Foto fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.