JOHOR BAHRU: Polis Seri Alam menafikan pihaknya 'memperagakan' pasangan kekasih suspek yang melakukan perbuatan jelik di tempat awam semasa mereka mendapatkan proses reman di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dakwaan tersebut seperti yang tular dan dilaporkan sebuah portal berita pada Jumaat tidak benar sama sekali.
"Adalah tidak benar dua suspek yang dibawa ke mahkamah untuk proses reman 'diperagakan' (paraded) sebagaimana didakwa dalam laporan itu.
"Kedua-dua suspek bersama beberapa suspek lain dibawa dengan kenderaan polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru.
"Mereka kemudiannya dibawa berjalan melalui laluan lazim untuk ke mahkamah bagi proses reman," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Jelasnya, sepanjang perjalanan di laluan itu, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam tidak mengatur mana-mana pihak atau jurugambar untuk berada di lokasi bagi membuat rakaman atau liputan semasa suspek-suspek dibawa untuk proeses reman.
Kata Mohd Sohaimi, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti sebarang pelanggaran prosedur sepanjang proses reman berkenaan.
Mohd Sohaimi mengulas laporan portal berkenaan yang menyiarkan berita bertajuk 'Unethical to handcuff, 'parade' 17 years girl in viral video, says MUDA' yang memuatkan kenyataan Ketua Biro Hak Asasi Manusia Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Dobby Chew.
Pada Jumaat Mahkamah Majistret Johor Bahru memerintahkan pasangan kekasih yang didapati melakukan perbuatan jelik di tempat awam pada 29 Mac lalu direman dua hari bagi membantu siasatan.
Pasangan kekasih berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan selepas rakaman video memaparkan perbuatan mereka di tempat letak kenderaan di kawasan Taman Kota Masai, Pasir Gudang, tular dalam media sosial.
Tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan dan Jenayah (BSJ) IPD Seri Alam di kawasan Taman Johor Jaya di sini dan Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada jam 4.15 petang hingga 5.15 petang, pada Khamis.
Dalam tangkapan berkenaan, polis turut merampas kereta Perodua Axia warna merah dan sehelai t-shirt berwarna putih. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 08 2023

Suspek wanita (rambut panjang) yang berusia 17 tahun dikenakan reman dua hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat. -Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan
Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan.

Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.

Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.

Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.

Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.

Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.