KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menafikan seorang penunggang motosikal dikenakan tindakan saman atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tetapi kerana gagal mempamerkan LKM.
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata penunggang berkenaan dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Kilometer 11.9 Jalan Labohan Dagang-Nilai semasa sekatan jalan raya pada Jumaat lepas, 8.45 malam.
Beliau berkata hasil semakan mendapati LKM dan insurans motosikal terbabit masih sah tetapi lesen memandu penunggang motosikal iaitu orang kena saman (OKS) telah tamat tempoh pada 26 Dis tahun lepas dan hanya nasihat sahaja diberikan polis.
“Adalah tidak menjadi kesalahan pegawai polis tersebut mengeluarkan saman bagi kesalahan tidak pamer LKM kerana ia tidak termaktub sepertimana arahan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang memberikan pengecualian untuk pembaharuan LKM dan lesen memandu kompeten (CDL) yang tamat tempoh pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bermula 1 Feb hingga 31 Mac 2021.
“Semasa kejadian tiada sebarang bukti dokumen LKM dan insurans (e-cover note atau e-nota perlindungan insurans) ditunjukkan oleh OKS sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (Perwatam),” katanya dalam kenyataan semalam.
Azisman berharap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan yang timbul dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri tanpa merujuk kepada pihak berwajib.
Semalam, media tempatan melaporkan Perwatam mempertikaikan tindakan polis menyaman seorang lelaki kerana gagal mempamerkan LKM, Jumaat lepas.
Pengerusinya, Hishamuddin Abd Aziz, dalam kenyataan dilaporkan berkata lelaki terbabit yang juga pelanggan Perwatam, dikatakan telah menunjukkan bukti e-nota perlindungan insurans dan memaklumkan kepada pihak polis mengenai pengecualian pembaharuan LKM itu.
Namun, beliau berkata pegawai polis tersebut didakwa memaklumkan LKM perlu juga diperbaharui dan dipamerkan sebelum mengeluarkan saman atas kesalahan tidak mempamerkan LKM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021

Azisman berharap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan yang timbul dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri tanpa merujuk kepada pihak berwajib. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Polis rekod RM95 juta kerugian jenayah komersial di Pahang pada 2024
Sebanyak 2,263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas.

JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024
Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan.

Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah
JSPT Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.

KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Lebih 30 jalan di ibu negara akan ditutup atau dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024.

10 mat rempit buat aksi 'superman' ditahan
Sebanyak 48 saman turut dikeluarkan ke atas kedua operasi yang dijalankan selain sitaan melibatkan 10 buah motosikal.

Polis siasat laporan kemalangan libat kenderaan pengiring
Polis meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian tersebut untuk hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan.

Lelaki pandu lawan arus maut bertembung
Kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung di kilometer (km) 6.2 arah Hartamas menghala Plaza Tol Pantai.

9,634 saman dikeluarkan sepanjang lima hari Op Selamat di Perak
Sebanyak 9,634 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Perak sejak Jumaat lepas.

PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus
Tawaran itu tidak termasuk bagi kes lampu isyarat merah dan saman menggunakan lorong kecemasan yang dilakukan pada tahun ini.

Tiga cedera nahas empat kenderaan di Jalan Ulu Yam
Pemandu Mitsubishi Lancer terbabit cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.