KUALA LUMPUR: Melakukan aksi berbahaya selain berlumba sesama sendiri antara tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang berjaya dikesan sebelum ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini pada Jumaat.
Kegiatan yang dikesan di dua lokasi berasingan ini hasil pemantauan yang dijalankan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri berkata, operasi yang dijalankan dengan kekuatan seramai dua pegawai dan 15 anggota ini bermula kira-kira jam 10.30 malam sehingga 4 pagi.
"Operasi pertama dijalankan pada 12.15 pagi melibatkan tangkapan dua penunggang yang sedang melakukan aksi meniarap di atas motosikal bermula dari Kilometer 284 sehingga Kilometer 276 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (PLUS).
"Operasi kedua kemudiannya dijalankan kira-kira jam 1.45 pagi terhadap lapan penunggang motosikal yang turut melakukan aksi sama dari Kilometer 21 sehingga Kilometer 19 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, objektif operasi adalah untuk membanteras kegiatan samseng jalanan dan mengurangkan risiko kemalangan ketika Op Selamat yang sedang dijalankan ini.
"Tangkapan bagi kedua lokasi ini melibatkan seramai 10 individu berumur antara 17 hingga 23 tahun.
"Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk tindakan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Menurutnya, sebanyak 48 saman turut dikeluarkan ke atas kedua operasi yang dijalankan selain sitaan melibatkan 10 buah motosikal.
"Siasatan mendapati kesemua suspek ditahan tidak terlibat dalam mana-mana kumpulan motosikal.
"Selain itu, kesemua suspek menyatakan lokasi terbabit dijadikan laluan untuk mereka pergi ke kedai makan yang terletak di Seremban 3 dan Nilai," katanya.
Mohd Azman berkata, menunggang secara melulu dan berbahaya merupakan satu kesalahan.
"Polis akan terus memburu mana-mana individu yang berdegil dan tidak gerun dengan hukuman dikenakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Tiada kompromi kesalahan melibatkan samseng jalanan bagi memastikan keselamatan pengguna lain terjaga," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 10 2024

Antara penunggang motosikal yang ditahan selepas didapati melakukan aksi berbahaya selain menunggang secara melulu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

Gara-gara bakso hangus wanita maut dicekik teman lelaki, ditemui tinggal rangka
Mangsa dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya selepas mereka bertengkar kecil mengenai bakso goreng yang hangus.
AWANI Pagi: Tips pemakanan sihat ketika Aidilfitri
Aidilfitri hampir tiba, tapi risau terlebih makan? Macam mana nak makan sedap tapi kekal sihat? Jom ikuti perkongsian #AWANIPagi bersama Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dari Universiti Putra Malaysia untuk tips pemakanan terbaik sempena Hari Raya!
AWANI Pagi: Pengorbanan jaga anak syurga hidap Cerebral Palsy
AWANI Pagi menyelusuri kisah perjalanan pasangan yang mempunyai anak menghidap Cerebral Palsy sejak usia lapan bulan dan kini telah berusia 17 tahun. Ikuti kisah pengorbanan ini dan mengambil semangat Ramadan untuk kita bermuhasabah diri.

Jersi KL City kalahkan JDT bernilai RM2,222
Baksniika mendedahkan berjaya membida jersi milik bekas penyerang Harimau Malaya itu dan memenanginya dengan harga RM2,222.

MCMC akan selesaikan masalah capaian internet lemah di Ayer Kuning - Exco
Pihaknya menerima pelbagai aduan termasuk pemakluman daripada Menteri Besar berhubung masalah berkenaan, khususnya di sekitar kawasan kampung.

Harimau Malaya buru kemenangan besar
Ini misi dilaungkan Presiden FAM Mohd Joehari kepada skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski yang akan menentang The Gorkhalis.

PM Kanada umum pilihan raya, dakwa Trump ancam kedaulatan
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, umum pilihan raya awal akan diadakan pada 28 April ini.

Israel serang hospital terbesar di selatan Gaza
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas hospital nasser, hospital terbesar di selatan Gaza, pada Ahad malam yang mengorbankan lima individu, mencederakan beberapa yang lain.
Remaja lawan arus lari sekatan jalan raya parah kemalangan
Akibat tiada lesen, remaja lelaki tekad lawan arus lari sekatan jalan raya namun alami kemalangan dan cedera parah.
Lelaki ugut bunuh Firdaus Wong ditahan
Polis menahan lelaki yang dipercayai menghantar mesej ugutan bunuh kepada seorang pendakwah menerusi laman sosial Facebook, pada Khamis lalu.

Polis sita 60 motosikal Op Samseng Jalanan
Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.

Op Samseng Jalanan: Penjawat awam, pelajar sekolah antara tujuh ditahan
JSPT Pulau Pinang menjalankan operasi itu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, bermula 11 malam semalam hingga 10 pagi hari ini.

Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga 'mat rempit'
Membuat aksi 'Superman' membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan hari ini.

10 lelaki tunggang motosikal secara berbahaya ditahan
JSPT menahan 10 penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS).

10 mat rempit buat aksi 'superman' ditahan
Sebanyak 48 saman turut dikeluarkan ke atas kedua operasi yang dijalankan selain sitaan melibatkan 10 buah motosikal.

Op Samseng Jalanan: Pempengaruh media sosial antara 284 individu ditahan
Pempengaruh berusia 23 tahun itu bersama individu lain ditahan dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.

Polis sita 25 motosikal dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita 25 motosikal dan mengeluarkan 115 saman dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Bukit Mertajam, malam tadi.

Mat rempit lengkap berbaju raya antara ditahan
Tujuh motosikal disita manakala 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan sekitar Daerah Barat Daya, pada Sabtu.

Op Samseng Jalanan: Polis sita 14 motosikal, tahan dua remaja
Polis menyita 14 motosikal dan menahan dua remaja lelaki dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan lumba haram di daerah Barat Daya, sejak Jumaat hingga semalam.