ALOR SETAR: Seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial dan dipromosikan sebagai 'Ikon Permotoran' antara 284 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Aidiladha di Jalan Pegawai, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pempengaruh berusia 23 tahun itu bersama individu lain ditahan dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.
"Pempengaruh yang menjadi idola dalam kalangan geng permotoran itu antara penonton yang ditahan.
"Kesemua 284 individu itu terdiri daripada 281 lelaki dan tiga wanita berusia antara 15 hingga 20-an dengan 10 daripadanya merupakan remaja bawah umur.
"Sebanyak 50 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat," katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik Kota Setar hari ini.
Ahmad Shukri berkata sebanyak 194 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan antaranya tiada lesen memandu, mengubah suai motosikal, tiada cermin sisi, tiada insurans serta cukai jalan dan lesen tamat tempoh.
"Mereka akan dilepaskan selepas proses dokumentasi selesai dan bagi remaja bawah umur yang tidak mempunyai lesen, waris akan dipanggil dan saman akan dikeluarkan kepada pemilik motosikal.
"Pada pagi raya korban ini, mereka telah 'mengorbankan' diri sendiri... sayang kerana golongan muda inilah yang bakal menjadi aset negara pada masa hadapan, jadi saya harap mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh turut hadir ke balai berkenaan dan memberikan nasihat kepada semua yang ditahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023

Ahmad Shukri berkata pempengaruh berusia 23 tahun itu bersama individu lain ditahan dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi. -Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Op Samseng Jalanan: Pempengaruh media sosial antara 284 individu ditahan
Pempengaruh berusia 23 tahun itu bersama individu lain ditahan dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.