SIBU: Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja, di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai petang Khamis.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia 21, 23 dan 27 tahun itu merupakan rakan serumah mangsa.
"Jenazah mangsa akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Pahang selepas semua urusan di sini selesai," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam Khamis itu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu Konstabel Norhalim Tumiran, 25, ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala di rumah berkenaan.
BACA: Konstabel ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan serumah direman
Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu, datang ke rumah sewa yang didiami rakan setugasnya itu untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka.
Bagaimanapun, seorang rakan mangsa dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertarik picu dan tertembak mangsa.
Mangsa yang baru sebulan setengah ditugaskan di sini selepas menamatkan latihan asas kepolisan, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bernama
Fri May 07 2021

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia 21, 23 dan 27 tahun itu merupakan rakan serumah mangsa. - Gambar fail

6,287 peserta sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat sehingga 17 Mac
Seramai 6,287 peserta yang telah diluluskan menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga 17 Mac 2025.

Dapat rezeki tak terduga, Noraniza Idris batal niat tutup kilang muruku
Berdepan dengan kerugian lebih RM1 juta sebelum ini, penyanyi Noraniza Idris menghela nafas lega apabila kilang makanan ringan muruku Che Ani Premium yang hampir ditutup dapat terus beroperasi.

RUU Pembaharuan Semula Bandar lindungi hak pemilik, pampasan lebih adil - PM
Tanggapan kononnya undang-undang ini akan menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera kehilangan tempat di bandar adalah tidak benar.

PM Anwar tegur insiden pemuda Cina ditampar warga emas
Sensitiviti agama, kaum dan bangsa boleh dielakkan jika semua pihak mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain, kata Perdana Menteri.

Singapura seru sambung rundingan ke arah gencatan senjata berkekalan di Gaza
Singapura menyuarakan kebimbangan terhadap berulangnya pertempuran di Gaza yang mengakibatkan kematian dalam kalangan orang awam.
AWANI Ringkas: Pelanggaran Akta Mesin Cetak 1984
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Siasatan SPRM ke atas bekas PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ops Mulia: 734 naskah al-Quran, lebih 19,000 bahan al-Quran disita
Sejumlah 734 naskah al-Quran dan 19,682 bahan al-Quran yang tiada perakuan disita bagi tempoh 7 hingga 12 Mac lepas.

Dua karnival, tiga bazar sempena Ramadan dan Aidilfitri rai ulang tahun ke-50 AmBank
Siri karnival perayaan anjuran AmBank himpunkan rakyat Malaysia dalam semangat perpaduan dan perayaan yang sebenar.

Warga emas tampar pemuda dilepas tanpa bebas, kes dirujuk AGC
Kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

PDRM unjur pengambilan 5,027 konstabel pada tahun ini
Terdapat keperluan untuk menambah anggota wanita bagi mengendalikan kes jenayah berkaitan wanita dan kanak-kanak.

Konstabel polis didakwa bunuh rakan sekerja
Konstabel Muhamad Nur Alif didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan itu terhadap Konstabel Norhalim di sebuah rumah di Sibu antara 5.45 pagi dan 6.30 petang pada 6 Mei.

Suami beria pilih tema 'maroon' sambut Aidilfitri - Isteri Allahyarham Norhalim
Isteri mangsa, Nor Fitrah Ramli, 25 memberitahu arwah suaminya beria-ria untuk memilih warna tersebut berbanding warna pilihannya, hijau.

Konstabel mati tertembak: 'Dia sempat beli pakaian raya untuk keluarga, bayar zakat fitrah' - Isteri
Konstabel Norhalim Tumiran yang maut akibat tertembak oleh rakan sepasukan sempat membuat persiapan hari raya buat semua ahli keluarga walaupun tidak pulang beraya.

Polis mati dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan direman seminggu
Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja di Sibu pada Khamis.

Konstabel ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan serumah direman
Polis Sarawak menahan tiga anggotanya di Sibu pada Jumaat bagi membantu siasatan terhadap rakan serumah mereka yang ditemui mati dengan kesan tembakan.

Sarjan sakit jantung, konstabel mengaku tidak bersalah seludup 27 warga India
Mereka membuat pengakuan itu pertuduhan dibacakan terhadap di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Terlanggar lembu melintas jalan, konstabel maut kemalangan
Mangsa, Mohamad Shahrul Izhar Ishak, 30 tahun, cedera parah di bahagian kepala serta maut dilokasi kejadian.

Tiga maut, kereta bertembung ketika ribut di Padang Besar
Kemalangan kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku di Bukit Chabang, ketika kereta mereka bertembung dalam keadaan ribut.

Konstabel polis cabul wanita, ugut pasangan kekasih ditahan
Wanita yang merupakan pelajar institut pengajian di Seri Iskandar mendakwa dia diraba di bahagian kemaluan oleh suspek.