TEMERLOH: Desakan suami untuk memilih warna maroon atau merah manggis untuk tema raya tahun ini antara kelainan sikap ditunjukkan Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran yang ditemukan maut dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah sewa di Taman Permai, Sibu, Sarawak.
Isteri mangsa, Nor Fitrah Ramli, 25 memberitahu arwah suaminya beria-ria untuk memilih warna tersebut berbanding warna pilihannya, hijau.
"Saya pun rasa pelik tapi saya ikutkan kehendaknya yang telah memilih warna tersebut dan arwah suami juga sudah membeli semua keperluan untuk saya, anak menerusi pembelian atas talian.
"Oleh kerana kami tidak dapat beraya bersama kerana arwah perlu bertugas, suami sendiri meminta saya mengubahsuai gambar kami anak-beranak supaya gambarnya diletak bersama saya dan anak-anak," katanya pada Sinar Harian.
Nor Fitrah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di kediaman keluarga Norhalim di Felda Bukit Damar, Lanchang di sini pada Ahad.
Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.
BACA: Konstabel mati tertembak: 'Dia sempat beli pakaian raya untuk keluarga, bayar zakat fitrah' - Isteri
Dalam pada itu, Nor Fitrah mengakui, dia masih belum memikirkan sebarang perancangan untuk masa depannya dan anak mereka, Nur Asyifa Alisha setakat ini.
"Cuma arwah suami memang menggalakkan saya menceburi bidang perniagaan malah sepanjang Ramadan kali ini buat pertama kalinya, saya menghasilkan biskut raya, cornflakes madu dan semprit susu yang diletakkan di kedai-kedai untuk membantu meringankan beban suami.
"Sebelum ini, saya pernah bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai 'collector' sebelum berhenti kerja dan kembali ke sini," ujarnya menamatkan zaman bujang mereka pada 19 April 2019.
Dalam kejadian pada 6 Mei lalu, Norhalim, 25 yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ( JPJKK) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak ditemukan maut dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah sewa di Taman Permai yang disewa rakannya.
Kejadian berlaku apabila rakannya yang juga anggota polis bergurau sambil mengacukan pistol pada Norhalim yang difahamkan datang ke rumah tersebut untuk bermain permainan komputer sambil menunggu waktu berbuka.
Artikel asal di Sinar Harian: 'Suami beria pilih tema 'maroon' sambut Aidilfitri'
Sinar Harian
Sun May 09 2021

Balu mangsa tembak anggota polis, Nor Fitrah Ramli 25, memangku anaknya, Anurasyfa Alisha 1 di kediamannya di Felda Bukit Damar Lanchang. Gambar kanan: Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran. -Foto Bernama

Polis Korea Selatan kerah 14,000 anggota menjelang keputusan pendakwaan Yoon
Polis Korea Selatan akan mengerahkan kira-kira 14,000 anggota di Seoul pada hari keputusan Mahkamah Perlembagaan ke atas Presiden Yoon Suk Yeol.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan MyCC kembalikan denda RM86.77 juta terhadap Grab
Mahkamah Rayuan menolak permohonan MyCC untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikatnya.

Warga emas tampar lelaki bukan Islam dituduh semula
Warga emas yang dipercayai menampar seorang pemuda kerana tidak berpuasa di sebuah pasar raya di bandar raya ini akan dituduh semula di Mahkamah Majistret pada petang Rabu.
Trump dedah dokumen rahsia pembunuhan JFK
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendedahkan dokumen sulit berkaitan pembunuhan John F. Kennedy pada 1963.

Mahkamah Tinggi khilaf, gagal pertimbang pembelaan Syed Saddiq - Peguam
Mahkamah Tinggi tersilap apabila tidak meneliti bahawa pembelaanSyed Saddiq Syed Abdul Rahman, bukan sekadar penafian semata-mata dan keadaan ini menyebabkan beliau tidak mendapat keadilan.

BYD umum teknologi bateri cas 5 minit untuk jarak perjalanan 400 kilometer
BYD kini mengumumkan teknologi baharu membolehkan kenderaan elektrik dicas lima minit untuk jarak perjalanan mencapai 400 kilometer.
Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan hari keempat
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya sekitar pukul 9.57 pagi Rabu.
RUU PSB: lindungi hak pemilik, pampasan lebih adil - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) menyebabkan orang melayu dan bumiputera kehilangan tempat di bandar.
Insiden Tampar: PM Anwar tegur insiden Pemuda Cina ditampar
Insiden seorang pemuda Cina yang ditampar seorang lelaki warga emas kerana makan di khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah mendapat perhatian Perdana Menteri.

Trump dedah 80,000 halaman dokumen berkaitan pembunuhan JFK
Arkib Negara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kira-kira 80,000 halaman dokumen rasmi yang diubah status berkaitan pembunuhan Presiden John F Kennedy (JFK) pada 1963.

Suami beria pilih tema 'maroon' sambut Aidilfitri - Isteri Allahyarham Norhalim
Isteri mangsa, Nor Fitrah Ramli, 25 memberitahu arwah suaminya beria-ria untuk memilih warna tersebut berbanding warna pilihannya, hijau.