Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menumpaskan 22 kes penyeludupan dengan nilai rampasan RM400,000 semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor ASP Mohd Rudzuan Ahmad berkata kesemua kes melibatkan barangan kawalan dan terlarang seperti ketum.
"Kesemua kes itu cuba dibawa masuk melalui pangkalan haram oleh penyeludup dalam tempoh tersebut dan dua penyeludup telah ditahan.
"Pihak kami mendapati modus operandi diubah ketika PKP bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk mengesan aktiviti penyeludupan itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di perairan negara berhampiran Tumpat sempena Op Benteng pada Ahad.
Beliau berkata taktik penyeludup ketika itu diubah dengan menggunakan bot galah tanpa menghidupkan enjin dan hanya menggunakan pendayung bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.
"Kami sentiasa kumpul maklumat risikan dan adakan penjumpaan dengan agensi penguatkuasa bagi memastikan sempadan perairan negara tidak mudah dibolosi," katanya.
Mohd Rudzuan berkata sepanjang PKP, pihaknya mendapati tiada aktiviti rentas sempadan di perairan negara membabitkan rakyat Malaysia dan Thailand.
"Ia berikutan kerjasama yang erat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia," katanya.
Beliau berkata menerusi Op Benteng, pihaknya memperkuatkan dua pasukan risikan darat dan dua pasukan bot Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) bagi memantau lokasi panas, laluan tikus dan pangkalan haram di sepanjang sempadan perairan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 31 2020
![Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81590942235_PolisMarin.jpg)
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menahan sebuah bot nelayan semasa rondaan Ops Benting di Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand, Tumpat, 31 Mei, 2020. --fotoBERNAMA
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![JKDNKA rampas RM789.99 juta barang kawalan, kontraban, haiwan JKDNKA rampas RM789.99 juta barang kawalan, kontraban, haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698376317_RazarudinHusain.jpg)
JKDNKA rampas RM789.99 juta barang kawalan, kontraban, haiwan
Sebanyak 4,356 tangkapan dibuat dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM789.99 juta.
![Kerajaan teliti keperluan senaraikan telur import sebagai barangan kawalan Kerajaan teliti keperluan senaraikan telur import sebagai barangan kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669821340_Telur.jpg)
Kerajaan teliti keperluan senaraikan telur import sebagai barangan kawalan
Kerajaan sedang meneliti keperluan menyenaraikan telur yang diimport sebagai barangan terkawal, antara lain bagi memastikan harganya kekal mampu milik.
![Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi beri kesan positif - Mustapa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi beri kesan positif - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660477954_MustapaMohamed.jpg)
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi beri kesan positif - Mustapa
Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dilihat memberi kesan positif terutamanya membabitkan penurunan harga barangan kawalan di pasaran.
![KPDNHEP Kelantan rekod 502 kes dengan nilai kompaun RM266,600 sepanjang 2020 KPDNHEP Kelantan rekod 502 kes dengan nilai kompaun RM266,600 sepanjang 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609381034_PemeriksaanKhas.jpg)
KPDNHEP Kelantan rekod 502 kes dengan nilai kompaun RM266,600 sepanjang 2020
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata nilai kompaun meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding tahun lepas iaitu RM86,850 melibatkan 521 kes.
![Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81590942235_PolisMarin.jpg)
Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor ASP Mohd Rudzuan Ahmad berkata kesemua kes melibatkan barangan kawalan dan terlarang seperti ketum.
![KPDNHEP umum pertambahan 19 barangan kawalan KPDNHEP umum pertambahan 19 barangan kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590065379_ikankembung.jpg)
KPDNHEP umum pertambahan 19 barangan kawalan
Pertambahan barangan-barangan tersebut adalah atas permintaan pengguna.
![Lelaki Thailand didenda RM20,000 miliki minyak masak bersubsidi Lelaki Thailand didenda RM20,000 miliki minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578411126_minyakmasak.jpg)
Lelaki Thailand didenda RM20,000 miliki minyak masak bersubsidi
Mahkamah juga menetapkan hukuman penjara 12 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu dan kenderaannya dilucut hak.
Operasi Subsidi: Barangan kawalan disita
Pelbagai barangan kawalan termasuk lima kenderaan bernilai RM70,000 disita dalam 'Operasi Subsidi'.