KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang 'kingpin' atau raja dadah yang dipercayai berada di sebuah negara Asia.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata PDRM sedang bekerjasama dengan pihak polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan individu berasal dari utara Semenanjung itu.
Beliau berkata lelaki terbabit telah meninggalkan Malaysia hampir setahun lepas.
"Kebanyakan 'kingpin' dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dadah sebelum ia diedarkan di pasaran antarabangsa," katanya dalam sidang media khas di Kompleks Narkotik Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Razarudin berkata individu terbabit turut mempunyai perniagaan antaranya perkapalan, perhotelan, pelancongan dan pengangkutan selain dipercayai terlibat dengan 'black economy' serta pengubahan wang haram.
Dalam pada itu, beliau berkata polis telah menumpaskan 279 sindiket dadah dan menahan lebih 1,000 individu termasuk kingpin dadah bagi tempoh awal Januari hingga 30 November lepas.
"Setakat ini, kami berjaya memberkas kingpin yang menjadi dalang dalam sindiket pengedaran dadah di Johor dan Pulau Pinang," katanya.
Beliau mengakui agak sukar untuk mengenal pasti 'kingpin' dadah disebabkan mereka menjalankan perniagaan yang lain untuk mengelak diketahui polis.
"Selagi PDRM tidak menangkap kingpin-kingpin ini, mereka akan merekrut pekerja-pekerja sindiket dan itu memberi cabaran kepada PDRM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Razarudin berkata, kebanyakan 'kingpin' dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dadah sebelum ia diedarkan di pasaran antarabangsa. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis kesan 'kingpin' dadah berada di negara Asia
PDRM sedang bekerjasama dengan pihak polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan individu berasal dari utara Semenanjung itu.