SUNGAI PETANI: Polis sudah mengenal pasti lelaki misteri yang muncul di pekarangan sebuah rumah dekat Taman Cengal Jaya, dekat sini awal pagi Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis telah mengesan lelaki berkenaan yang dipercayai kurang waras.
"Kita telah mengesan lelaki ini dan telah ke rumahnya, namun dipercayai suspek kurang waras.
"Dia tak tahu apa yang dibuat dan bertindak dalam keadaan tidak normal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, isteri suspek ada bersama dan dimaklumkan bahawa lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dengan dipasang tiub di bahagian perut.
Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki misteri yang bertongkat memasuki sebuah rumah sekitar jam 6 pagi Khamis.
Tindakan lelaki terbabit dikatakan aneh dengan memanjat pagar automatik dengan berpakaian kain pelekat dan tidak berkasut.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Polis kenal pasti identiti lelaki bertongkat
Sinar Harian
Fri Jul 30 2021

Tular lelaki bertongkat memasuki sebuah rumah di Taman Cengal Jaya di Sungai Petani, Kedah awal pagi Khamis. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis kenal pasti identiti lelaki bertongkat
Polis sudah mengenal pasti lelaki misteri yang muncul di pekarangan sebuah rumah awal pagi Khamis lalu.