KULIM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah sedang mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang guru pendidikan moral yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, dengan penahanan seorang suspek wanita, maklumat diperoleh dan tiga lelaki terbabit merupakan rakan suspek.
"Ketiga-tiga lelaki terbabit dipercayai masih menyembunyikan diri dan mempunyai kaitan dalam kes yang menyebabkan kematian mangsa selepas mereka dikatakan terbabit dalam satu pergaduhan sebelum itu.
"Siasatan polis mendapati tiga lelaki terbabit sebelum itu menghantar mangsa ke hospital selepas mangsa dipercayai patah tengkuk, luka di badan serta lebam.
“Siasatan polis menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran mendapati tiga lelaki berkenaan terbabit dalam pergaduhan dengan mangsa sebelum mereka dilihat menarik mangsa keluar daripada premis terbabit," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
G Suresh berkata, polis kini masih menunggu laporan lengkap bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang guru berusia 54 tahun mati ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.
Dalam kejadian pada Rabu mangsa terlibat dalam satu pergaduhan bersama beberapa lelaki dipercayai akibat mangsa menyimpan gambar bogel seorang wanita.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jul 30 2022

Datuk G Suresh Kumar berkata, dengan penahanan seorang suspek wanita, maklumat diperoleh dan tiga lelaki terbabit merupakan rakan suspek. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis Kedah sedang kesan tiga lelaki bantu siasatan kematian guru di Kulim
Ketiga-tiga suspek dipercayai masih menyembunyikan diri dan ada kaitan dalam kes pembunuhan itu.