Warden asrama yang disyaki meliwat dan mencabul lima pelajar sebuah pusat tahfiz di negeri ini dipercayai melarikan diri ke Ipoh, Perak.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohamad berkata, suspek yang berumur 28 tahun itu masih belum berkahwin dipercayai melarikan diri sejurus laporan polis dibuat oleh seorang guru dari pusat tahfiz berkenaan.
“Kita sudah pun menerima maklumat bahawa suspek kini berada di Ipoh dan kita meminta bantuan polis di Perak bagi memberkas suspek dan menunggu maklum balas daripada pihak di sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang guru tahfiz disyaki meliwat dan mencabul lima pelajar tahfiz berumur antara sembilan hingga 15 tahun, sejak April lepas selepas laporan dibuat oleh guru yang juga kakitangan pusat tahfiz berkenaan di Balai Polis Simpang Empat, Arau semalam.
Berdasarkan laporan guru terbabit, seorang mangsa berusia 15 tahun tampil membuat aduan pada 24 April lalu, mendakwa dia diliwat dan dipaksa melakukan amang seksual di bilik warden berkenaan.
Mangsa mendakwa suspek mengugut memukulnya sekiranya kejadian itu dilaporkan namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan demikian bertindak membuat aduan.
Polis mendapati seorang lagi pelajar berusia sembilan tahun turut mendakwa diliwat suspek yang kerap memeluk dan mencium semua mangsa lain serta mengajak mereka menonton video lucah di biliknya.
Kes disiasat mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Bernama
Bernama
Fri May 10 2019
suspek yang berumur 28 tahun itu masih belum berkahwin dipercayai melarikan diri sejurus laporan polis dibuat oleh seorang guru dari pusat tahfiz berkenaan. - Gambar hiasan
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.
Enam guru dipilih sertai projek rintis Tabika Autisme Melaka
Kemas Melaka kenal pasti tiga lokasi di daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah bagi memudahkan akses masyarakat kepada Tabika Autisme itu.
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.