SHAH ALAM: Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM1.84 juta melalui perkhidmatan kurier, selepas menahan sepasang suami isteri di Puchong Jaya, dekat sini pada 27 Jun.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata syabu seberat 57.6 kilogram (kg) itu, disembunyi di dalam tujuh guni plastik berisi tanah dengan pasangan berusia 41 dan 42 tahun itu, dipercayai bertindak selaku 'penghantar' bagi membawa barangan tersebut menggunakan lori yang dipandu suspek.
"Mereka menggunakan lori sebagai pengangkutan untuk penghantaran kurier tersebut, dengan membawa tujuh guni plastik berisi tanah bagi menyembunyikan 56 bungkusan Teh Cina bertulisan Guanyingwang disyaki berisi syabu seberat 57.6 kilogram.
"Menyembunyikan dadah di dalam guni berisi tanah dan menghantarnya menggunakan kurier, menjadi modus operandi atau taktik baharu bagi penjenayah menyeludup dadah yang berjaya kita bongkar menerusi penahanan kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Hussein berkata pasangan itu diarahkan mengambil barangan berisi dadah berkenaan di Serdang Jaya dan menghantarnya ke Puchong Jaya, dan siasatan awal mendapati penghantaran itu merupakan kali pertama dilakukan dan mereka, dipercayai dibayar RM51 berdasarkan upah menerusi aplikasi kurier tersebut.
Beliau berkata polis masih menyiasat sama ada pasangan terbabit mengetahui keberadaan dadah di dalam guni yang dibawa atau sebaliknya.
Dalam kes berasingan, polis merampas 26 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun di kawasan pakir kenderaan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh, dekat sini pada 4.30 pagi semalam.
Hussein berkata dadah seberat 26,250 gram dianggarkan bernilai RM81,375 itu ditemukan di dalam sebuah bagasi yang diletakkan di bonet belakang kereta dipandu suspek.
Beliau berkata ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati lelaki yang telah berkahwin dan dipercayai bertindak selaku 'penghantar' itu, positif dadah jenis THC
"Suspek bagi kedua-dua kes ini direman selama tujuh hari dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Hussein berkata dadah seberat 26,250 gram dianggarkan bernilai RM81,375 itu ditemukan di dalam sebuah bagasi yang diletakkan di bonet belakang kereta dipandu suspek. - Gambar Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini semalam.

Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan.

Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.

Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.

Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah
Dua warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu e-panggilan selepas ditegur kerana termuntah di dalam kereta yang dinaiki mereka, dalam kejadian di Kampung Cheras Baru.

Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.

AADK guna 11 alat saringan dan penilaian
AADK menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.