Polis akan sentiasa memantau perkembangan bekas perogol bersiri, S.Selva Kumar yang dikatakan akan kembali ke negeri ini memandangkan dia pernah menetap di Pulau Pinang dan masih mempunyai keluarga di sini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihaknya sedar kepulangan Selva Kumar dari Kanada akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, namun polis tidak boleh mengenakan sebarang sekatan kepadanya.
Sebaliknya, Chuah berkata polis akan memerhatikan aktiviti perogol bersiri itu agar tidak melakukan jenayah sama di sini.
Menurutnya, bekas perogol bersiri berusia 56 tahun itu yang dijadual tiba di Malaysia hari ini, berhak hidup seperti orang biasa setelah menjalani hukuman atas kesalahannya.
"Polis tidak boleh tahan lelaki itu di negara ini hanya semata-mata rekod jenayah yang dilakukannya kerana dia sudah terima hukuman sewajarnya di luar negara...jadi (dia) bebas untuk kembali ke Malaysia.
"Buat masa ini kami tak terima maklumat sama ada dia akan menetap di Pulau Pinang atau tempat lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jom Kembali Ke Sekolah peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera, di sini hari ini.
Selva Kumar dijangka tiba Malaysia hari ini selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas 19 kesalahan serangan seks, 28 kesalahan berkaitan dadah, 10 kesalahan pelbagai serangan dan 12 kesalahan lain termasuk peras ugut di negara itu.
Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri ini. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 06 2017

Chuah berkata, bekas perogol bersiri berusia 56 tahun itu yang dijadual tiba di Malaysia hari ini, berhak hidup seperti orang biasa setelah menjalani hukuman atas kesalahannya. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bekas perogol bersiri pulang ke Malaysia
Bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, tiba di tanah air hari ini.

Polis akan pantau aktiviti Selva Kumar
Polis sedar kepulangan Selva Kumar dari Kanada akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, namun polis tidak boleh mengenakan sebarang sekatan kepadanya.