Polis menemui beberapa petunjuk dikaitkan dengan dua wanita yang disyaki menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata berikutan itu pihaknya yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
"Buat masa ini kita tidak boleh cakap yang kita sudah kenal pasti suspek kerana kita masih siasat.
"Kita ada beberapa sasaran dan masih buat susulan tetapi kita ada juga petunjuk berhubung perkara itu. Polis akan teruskan siasatan (berdasarkan petunjuk berkenaan)," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Bertindak bersama agensi dan jabatan kerajaan bagi projek inisiatif bersepadu menangani masalah penyalahgunaan dadah di Selangor.
Dalam kejadian Isnin lalu, perbuatan vandalisme ke atas mural gergasi potret beberapa pemimpin negara tersebut disedari seorang pekerja restoran di kawasan itu yang kebetulan melalui lokasi tersebut kira-kira jam 8 pagi.
Mural gergasi memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020

Polis menemui beberapa petunjuk dikaitkan dengan dua wanita yang disyaki menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini, Isnin lalu. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sindiket 'Datuk Ken' tumpas susulan penahanan 15 individu termasuk ketua
Jalankan kegiatan haram antaranya perjudian dalam talian, pelombongan bitcoin dan peminjaman wang tanpa lesen (along) secara berperingkat sejak 2014.

Empat suspek ditembak mati merupakan geng samun bertopeng
Hasil semakan mendapati mereka adalah kumpulan samun bertopeng yang kita cari selama ini.