KULIM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha menjamin keselesaan anggota keselamatan negara.
Beliau berkata kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM45 juta khusus untuk kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf serta perolehan peralatan di 117 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan RM40 juta bagi infrastruktur serta fasiliti berkaitan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
"Untuk kuarters PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang ada lantai pecah, tandas (bermasalah), saya luluskan peruntukan RM50 juta (untuk penyelenggaraan kuarters PDRM dan balai).
"Saya juga luluskan RM15 juta untuk Jabatan Penjara (kerja-kerja pembaikan kuarters dan fasiliti Jabatan Penjara)," katanya ketika berucap pada Program Malaysia MADANI Perdana Menteri bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM di Batalion 2 PGA Kulim di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata laporan tindakan terhadap pengumuman peruntukan RM150 juta bagi projek itu perlu disediakan oleh kementerian dan pihak yang berkaitan dengan kadar segera untuk dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
"Saya umum hari ini, hari Isnin mesti ada tindakan daripada Kementerian Kewangan dan minggu berikutnya ada tindakan. IGP (Ketua Polis Negara), KSU (Ketua Setiausaha KDN) serta Menteri boleh pantau kemajuannya.
"Maknanya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang, laporan mesti ada atas meja tentang pengumuman Perdana Menteri pada Sabtu (hari ini) kerana kita tidak mahu ada orang merasakan kerja Menteri, kerja Perdana Menteri umum sahaja tetapi tidak melaksanakan," katanya.
Perdana Menteri berkata secara keseluruhannya pada tahun ini, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM350 juta untuk menaik taraf kemudahan agensi KDN dalam usaha memastikan kebajikan anggota keselamatan terpelihara.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM200 juta bagi penyelenggaraan fasiliti kuarters beberapa agensi di bawah KDN termasuk PDRM dan Jabatan Penjara.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
![PM umum peruntukan tambahan RM150 juta untuk penyelenggaraan kemudahan agensi KDN PM umum peruntukan tambahan RM150 juta untuk penyelenggaraan kemudahan agensi KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689426866_TBanwaribrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanatnya pada majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kem Batalion ke-2, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670373369_anwaribrahimSyed.jpg)
Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.
![Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648039373_HanafiahMat.jpg)
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
![FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720514815_HamidinMohdAmin.jpg)
FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.
![Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733036100_NaimMokhtar.jpg)
Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
![Peruntukan tambahan RM5.5 juta jadikan Pasar Siti Khadijah lebih kondusif Peruntukan tambahan RM5.5 juta jadikan Pasar Siti Khadijah lebih kondusif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71589037814_PasarSitiKhadijah.jpg)
Peruntukan tambahan RM5.5 juta jadikan Pasar Siti Khadijah lebih kondusif
Peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta bagi menambah baik Pasar Siti Khadijah di sini akan mewujudkan suasana lebih kondusif.
![Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723192060_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang sekiranya Sabah memerlukan peruntukan tambahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720135535_DatukRRamanan.jpg)
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
![PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717820129_AnwarIbrahim.jpg)
PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.
![PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716804242_HAWANA.jpg)
PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA
Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.
![Anwar lulus peruntukan tambahan RM14 juta untuk Projek ICQS Wang Kelian Anwar lulus peruntukan tambahan RM14 juta untuk Projek ICQS Wang Kelian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61711976479_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar lulus peruntukan tambahan RM14 juta untuk Projek ICQS Wang Kelian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian di Perlis.