Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 'buah tangan' istimewa kepada penduduk Parlimen Paya Besar sempena kunjungannya ke Felda Lepar Hilir 1 di sini, pada Sabtu.
'Buah tangan' itu juga meliputi insentif kepada peneroka Felda sekitar Paya Besar, yang merupakan penyokong setia dan tegar Barisan Nasional (BN), sekali gus membolehkan BN menang kesemua empat kerusi dalam kawasan berkenaan pada pilihan raya umum lalu.
Najib berkata insentif pertama beliau ialah skim khas tanam semula Felda kepada 157 peneroka melibatkan peruntukan sebanyak RM631,821 dan pembayaran insentif sifar hutang kepada 567 peneroka yang berjumlah RM2.85 juta.
"... dalam semangat keluarga Paya Besar kita juga meraikan kembalinya 362 peneroka yang kembali bermuafakat dengan Felda melibatkan bayaran insentif sebanyak RM1.81 juta.
"Mereka ini dahulunya keluar dan tidak mahu berurusan dengan Felda tetapi mengambil keputusan untuk kembali. Ini beri petanda yang baik kerana yakin kepada Felda bermaksud yakin kepada kerajaan," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra di Parlimen Paya Besar di Padang Awam Felda Lepar Hilir 1 di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Seri Abu Bakar Harun dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah yang juga pemangku Ketua Bahagian UMNO Paya Besar.
Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa Felda kini dalam penelitian akhir untuk menggagihkan lot tanah kepada generasi kedua dan ketiga bagi membolehkan mereka mendirikan rumah di tanah milik ibu bapa mereka.
"Kita akan mula agih tanah lot ini yang dijangka dapat dimulakan pada 1 April dan dibuat dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)," katanya.
Selain itu, Najib juga mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk pembinaan masjid Lepar Hilir, pemasangan lampu jalan di laluan masuk Felda Bukit Sagu (RM2 juta) dan pembesaran laluan masuk ke Felda Hilir Lepar 1 melalui Pulau Manis yang dianggap jalan maut (RM4 juta) serta pemasangan lampu jalan ke Felda Panching.
Pada majlis itu, Najib turut menunaikan hasrat beliau untuk mengadakan majlis tahlil kepada dua pemimpin UMNO Paya Besar iaitu Ketua Bahagian, Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang meninggal dunia pada 12 Feb lalu dan ADUN Lepar, Datuk Mohd Shohaimi yang meninggal dunia pada 31 Dis lalu.
Majlis itu diketuai Kadi Daerah Maran, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah.
"Ini sebagai menghargai sumbangan, jasa dan budi mereka kepada kita. Kita juga akan meneruskan perjuangan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 24 2018

PM Najib bersama Adnan mengaminkan doa ketika bacaan tahlil untuk Allahyarham Abdul Manan dan Mohd Shohaimi pada majlis Ramah Mesra Parlimen Paya Besar malam tadi. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.

Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.

36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.

UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.

Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.

Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.

Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.

Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.

Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.