Bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, menjelaskan hutang kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan yang bernilai RM3 bilion bukan disebabkan ketidakcekapan mengurus atau akibat berjoli.
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.
Adnan yang menjawat jawatan menteri besar selama 19 tahun sejak tahun 1999 mengakui 'terkilan dan dukacita' dengan pandangan mereka yang tidak memahami isu hutang negeri kerana jumlah yang besar dibelanjakan adalah untuk kebajikan rakyat.
"Hutang banyak berpunca daripada air dan (pembinaan) kos rumah rendah yang ditambah apabila ramai tidak membayar hutang rumah berkenaan.
"Panjang paip di Pahang ini ada 14,000 kilometer, kira kita boleh pergi ke London dari Kuantan dan ditambah pula bila kita kena ambil alih 82 rumah pam di kawasan Felda.
"Harap semua faham kenapa hutang kita jumlahnya tinggi. Ia bukan sebab kita berjoli," katanya semasa mencelah ucapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad pada persidangan pertama bagi penggal pertama DUN Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Adnan yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Pelangai berkata beliau 'terpaksa mengguna sidang DUN sebagai platform untuk menjelaskan isu itu' kerana beliau telah sedaya upaya melakukan tugasnya dengan baik sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau berharap penjelasan itu membolehkan semua pihak memahami rasional di sebalik jumlahnya dan sedar perkara itu bukan mudah untuk diatasi, mahupun oleh mereka yang pakar dalam ekonomi.
"Kalau bayaran air misalnya daripada RM1 yang dibayar pengguna, 50 sen adalah subsidi kerajaan. Kalau kita naikkan (tarif) sehingga 100 peratus pun tidak jadi apa... nak untung kena naik sehingga 300 peratus.
"Tapi kita tidak fikir tentang soal untung kerana kita lebih mengutamakan soal rakyat," katanya.
Beliau seterusnya menambah 'agak geram' apabila diberitahu kos penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 pada tahun 2012 perlu ditanggung kerajaan negeri selain dimaklumkan hutang RM40 juta akibat banjir oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.
"Banjir ini bencana alam. Sebab itu hutang kita tinggi. Kita pernah berbincang dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersetuju untuk melupuskan 60 peratus daripada jumlah itu, tapi tak sempat kerana beliau dipecat," katanya.
Sementara itu, Ishak dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Adnan atas sumbangan dan pandangan yang dilontarkan beliau sejak mula memasuki sidang DUN Pahang pada tahun 1986.
Katanya, Adnan telah memberikan perkhidmatan cemerlang dan membawa Pahang ke arah yang lebih baik termasuk dalam isu kebajikan rakyat, memperkasakan ekonomi dan pendidikan dalam perkhdimatannya sebagai menteri besar Pahang paling lama.
"Jasa ini akan terus diingati dan menjadi kenangan dan saya mengharapkan ADUN Pelangai akan terus memberikan idea yang bernas dan pandangan yang baik untuk kerajaan negeri Pahang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 02 2018

Adnan berharap penjelasan beliau hari ini membolehkan semua pihak memahami rasional di sebalik jumlah hutang kerajaan negeri dan sedar perkara itu bukan mudah untuk diatasi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.

Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.

36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.

UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.

Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.

Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.

Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.

Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.

Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.