SEPANG: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menaruh harapan tinggi ke atas kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk membawa pingat emas pertama dari temasya sukan yang berprestij itu.
"Saya harap kali ini ialah kali yang pertama Malaysia akan membawa pingat emas yang pertama dan bagi mereka yang berjaya, insya-Allah ganjaran yang baik akan kita berikan kepada anda semua," katanya ketika menyempurnakan Lambaian Juara Demi Malaysia di sini, hari ini.
Perdana Menteri memberikan kata-kata motivasi kepada skuad badminton, gimnastik, akuatik (renang, terjun) dan memanah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum mereka berlepas ke Tokyo untuk temasya sukan terbesar dunia bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Muhyiddin dalam ucapannya di hadapan 40 ahli kontinjen negara menaruh keyakinan tinggi bahawa kumpulan yang mewakili negara pada temasya ini adalah terbaik dan mampu menyinar di temasya itu.
"Saya menaruh keyakinan bahawa anda semua akan berjuang berhabis-habisan demi Malaysia tercinta untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mata dunia, untuk mengangkat martabat negara di pentas antarabangsa, dan membuktikan anak Malaysia mampu menjadi atlet terbaik dalam sukan masing-masing.
"Yang paling utama memastikan lagu keramat Negaraku berkumandang di venue pertandingan nanti," katanya dengan penuh semangat.
Beliau juga berharap di bawah kepimpinanan Datuk Lee Chong Wei selaku ketua kontinjen, negara mampu membuahkan keputusan terbaik dalam sejarah penyertaan negara di sukan Olimpik kali ini.
"Apa yang saya dapat lihat keseluruhan kontinjen kita pada temasya kali ini yang seramai 30 atlet, 21 jurulatih dan 13 pegawai ini sebenarnya bukan sekadar 30 orang atau jumlah 64 orang, ia sebenarnya mencerminkan kekuatan 32 juta orang rakyat Malaysia keseluruhan.
"Justeru kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada anda semua yang menjadi 'The Beacon of Hopes'," katanya.
Muhyiddin turut mengingatkan semua anggota barisan kontinjen negara untuk sentiasa memastikan aspek keselamatan dan soal kesihatan diutamakan.
Sejurus menyampaikan amanat penuh semangat, Muhyiddin mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan kontinjen Malaysia ke temasya berpestij itu.
Turut hadir mengiringi atlet ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Chong Wei.
Seramai 40 orang, termasuk 18 atlet berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines MH9118 pada jam 10.50 malam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 8.05 pagi esok.
Sejurus tiba di Tokyo, mereka akan menjalani ujian calitan COVID-19 dan menjalani tempoh isolasi selama tiga hari, selain perlu menjalani ujian air liur sepanjang tempoh berada di negara Matahari Terbit itu.
Malaysia pada Olimpik kali ini, akan diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan, dengan matlamat utama kekal untuk merangkul pingat emas pertama Malaysia.
Kumpulan pertama atlet Malaysia, terdiri daripada empat pelayar - Khairulnizam Mohd Afendy bagi acara laser lelaki, Nur Shazrin Mohd Latif (laser wanita), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (kedua-duanya acara International 470 wanita) yang diiringi oleh tiga pegawai telah berlepas ke Tokyo pada 8 Julai lalu.
Penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taib yang akan beraksi dalam acara 50m rifle tiga posisi wanita berlepas pagi tadi, manakala baki atlet dijangka berlepas pada 25 Julai ini.
Atlet lain yang layak ke Olimpik kali ini ialah Khairul Anuar Mohamad, Syaqiera Mashayikh (memanah), Lee Hup Wei, Azreen Nabila Alias (olahraga), Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek), Gavin Kyle Green, Kelly Tan (golf) dan Welson Sim dan Phee Jinq En (renang).
Selain itu, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee (terjun), Farah Ann Abdul Hadi, Jeremiah Loo Phay Xing (gimnastik) pemain badmiton Lee Zii Jia, Soniia Cheah, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.
Pada edisi Rio 2016, Malaysia yang diwakili oleh 32 atlet, membawa pulang empat pingat perak dan sebutir gangsa, yang juga merupakan pencapaian terbaik negara di Sukan Olimpik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menyampaikan kata-kata semangat pada Flag-Off Kontinjen Negara ke Temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.