PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) agar bekerja dengan jujur dan berintegriti, serta mempergiatkan usaha membantu mempromosi konsep Keluarga Malaysia.
Dengan hampir semua dasar negara tertumpu pada JPM, Ismail Sabri pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Warga JPM di sini, hari ini berkata, JPM perlu memberikan contoh kepada kementerian lain dan rakyat, dalam pelaksanaan dasar kerajaan.
Beliau berkata, segala isu berkaitan negara terletak di bawah JPM seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), keselamatan negara dan pengurusan bencana dan walaupun terdapat kementerian lain yang mengendalikannya, namun punca kuasanya terletak di bawah JPM.
"Semua mata tertumpu pada JPM, kerana hampir semua dasar negara tertumpu pada JPM... sebab itu gerak kerja JPM, kita perlu tunjuk contoh terbaik kepada kementerian lain dan rakyat," katanya pada pertemuan bersemuka julung kalinya dengan warga JPM, sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021.
Ismail Sabri berkata, kerajaan telah mewujudkan jawatankuasa khas memantau pelaksanaan Bajet 2022 dan RMK12, khusus untuk memastikan segala perancangan kerajaan berjalan lancar.
Beliau dalam pada itu mahu JPM di hadapan dalam mempromosikan konsep Keluarga Malaysia serta mempertingkatkan usaha promosinya.
Konsep Keluarga Malaysia yang bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, diperkenalkan Ismail Sabri, menerusi ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, dan membentuk kerajaan baharu pada Ogos 2021.
Ismail Sabri berkata, Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia akan diadakan di peringkat negeri bermula bulan hadapan, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat terutama berkaitan kehadiran pengunjung.
Menurutnya, Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Disember tahun lepas, menerima sambutan luar jangka sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.
"Kita akan adakan di negeri-negeri dan akan ambil iktibar apa yang berlaku di KLCC, kerana kehadiran luar kawalan. Kita akan pastikan jelajah di negeri-negeri dikendalikan dengan baik terutama kehadiran," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri pertemuan dengan warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. - Gambar BERNAMA
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin ditingkatkan
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600.
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600.
RM900 juta laksana 48 Program Residensi Rakyat (PRR) - PM
Hampir RM900 juta laksana 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dalam masa sama, PM berkata, bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000.
#Belanjawan2025
#AWANInews
Dalam masa sama, PM berkata, bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000.
#Belanjawan2025
#AWANInews
Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.
Peluang pendidikan dan latihan TVET akan dipertingkatkan
Tambah beliau lagi, ianya termasuk 100 juta ringgit khusus untuk bidang keutamaan NIMP seperti MRO, EV, aeroangkasa & AI.
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin ditingkatkan
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 ketimbang RM500 sebulan.
#AWANInews #Belanjawan2025 #Belanjawan25
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 ketimbang RM500 sebulan.
#AWANInews #Belanjawan2025 #Belanjawan25
Geran padanan RM50 juta untuk Program “Anak Angkat ILKA”
Kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum, bantuan tenaga pengajar serta keperluan latihan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.