MUAR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Kementerian Pendidikan menyegerakan program pendigitalan pendidikan negara supaya lebih ramai pelajar di negara ini mendapat akses pendidikan berkualiti dan bermutu tinggi.
Muhyiddin berkata soal pendidikan merupakan perkara penting kerana sesebuah negara bergantung pada kejayaan anak-anak menguasai semua ilmu demi masa depan negara, sekali gus melahirkan tenaga manusia yang mempunyai kebolehan untuk menguasai semua bidang terutama sains dan teknologi.
"Baru-baru ini kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang masih melanda. Antara yang terkesan ialah sistem pendidikan kita. Sebahagian besar pelajar tidak dapat pergi ke sekolah dan diarah tinggal di rumah untuk mengelakkan penularan COVID-19.
"Tempoh masa mereka di rumah agak lama, satu pengajaran yang kita dapati daripada pandemik ini ialah kita tidak mempunyai satu keupayaan untuk memulakan satu sistem pendidikan yang boleh menampung keperluan pendidikan di waktu-waktu sebegini.
"Kalaupun kita ada kemudahan-kemudahan sebegini yang membolehkan pelajar kita belajar secara maya dan sebagainya, bilangan ibu bapa yang dapat sediakan laptop, komputer, tablet itu agak terhad dan terbatas, mungkin dalam kalangan golongan ibu bapa yang mampu sahaja," katanya.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir berkata demikian ketika berucap pada program Jom ke Sekolah Parlimen Pagoh dan DUN Gambir Bersama Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.
Turut hadir, isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi Penasihat Jawatankuasa Mara Corporation merangkap ADUN Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal serta Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr Mohd Nizar Sudin.
Menurut Muhyiddin, langkah ke arah pendigitalan pendidikan tersebut sudah dimulakan menerusi arahan beliau kepada Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin agar ditubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti bagi mempercepatkan peralihan sistem pendidikan semasa kepada pendigitalan.
Perdana menteri berkata perubahan ke arah pendigitalan itu bukan sahaja melibatkan peranti tetapi juga sumber manusia merangkumi tenaga pengajar dan guru sementara kandungan bahan pengajaran yang hendak digunakan para pelajar pula perlu berkualiti.
Beliau berkata proses ke arah pendigitalan pendidikan bagaimanapun tidak mampu dicapai sepenuhnya jika negara tidak mempunyai kebolehcapaian dan kesalinghubungan Internet yang cekap.
"Sebab itu baru-baru ini saya umum inisiatif MyDIGITAL untuk menyediakan kita dengan kemudahan jaringan Internet 5G tidak lama lagi," katanya yang turut gembira dengan kesediaan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu sektor pendidikan negara ke arah digital, hasil lawatan beliau ke UAE baru-baru ini.
Muhyiddin menegaskan sistem pendidikan negara ini mesti didigitalkan agar setara atau lebih baik berbanding sesetengah negara yang sudah maju dari Malaysia, justeru katanya ekosistem sesuai perlu difikirkan bagi mengupayakan pelajar dan guru dengan alat pembelajaran yang boleh diakses di mana-mana sahaja.
Pada program hari ini, YPM menyumbang peruntukan berjumlah RM240,000 untuk melaksanakan beberapa inisiatif termasuk Program Bantuan Persekolahan Khas kepada 1,000 pelajar golongan B40; Bantuan Awal Persekolahan kepada 200 penerima; Pelaksanaan Skim Anak Angkat kepada 100 pelajar serta Program Celik al-Quran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021
Muhyiddin berkata soal pendidikan merupakan perkara penting kerana sesebuah negara bergantung pada kejayaan anak-anak menguasai semua ilmu demi masa depan negara. - Foto BERNAMA
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Pencapaian Malaysia membanggakan, tapi jangan berpuas hati
Kerajaan tidak boleh berpuas hati walaupun kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) agak baik berdasarkan 248 indikator yang digariskan.
Tingkatkan siap siaga hadapi segala kemungkinan
Ibu bapa pantau keadaan anak sepanjang cuti persekolahan, terutama melarang bermain air ketika banjir.
200 rumah di Nibong Tebal hampir tenggelam
Lebih 200 rumah di lima kampung di Nibong Tebal, Pulau Pinang dinaiki air susulan hujan lebat.
Cuti anggota dan pegawai bomba Kedah dibekukan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah membekukan cuti anggota dan pegawai susulan situasi banjir dan fenomena air pasang besar.
Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Ringgit terus positif, naik 7.86 peratus sehingga kini berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2535/2645 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.
Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.
Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin
Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa.
Akta Hasutan: Usah jadikan isu Muhyiddin sebagai sentimen politik - Anwar
Kes pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan, tidak seharusnya dijadikan sentimen politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes Muhyiddin: Laporan polis dibuat Istana Pahang, Kerajaan tidak masuk campur - Fahmi
Pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan di mahkamah baru-baru ini bukan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pihak kerajaan sebaliknya.
Siasatan, pendakwaan di bawah Akta Hasutan bebas campur tangan kerajaan - Fahmi
Semua siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan yang sedang berjalan dilaksanakan secara bebas oleh polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) tanpa tekanan atau penglibatan dari kerajaan.