Pelantikan tiga tokoh muda ke Majlis Tindakan Ekonomi Negara oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan kerajaan komited meningkatkan penyertaan generasi muda ke pentadbiran dan perancangan polisi negara, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar itu berkata, perlantikan itu satu lagi inisiatif memperkasakan anak muda, susulan keputusan menurunkan takrifan had umur belia, menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, serta memastikan pelatih amali menerima elaun bulanan.
Tiga tokoh muda yang dilantik itu ialah Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com Radzi Tajuddin, 29; Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Ringgitplus.com Liew Ooi Hann, 33; serta Pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif TheLorry.com, Nadhir Ashafiq, 31.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas perlantikan tiga ahli baharu ke NEAC - badan tertinggi yang dipertanggungjawabkan untuk merumuskan polisi ekonomi di Malaysia.
“Mereka yang dilantik ini mempunyai kelayakan tinggi, serta datang dari latar belakang pelbagai industri yang boleh memberi pandangan kepada NEAC berhubung isu kos sara hidup, pekerjaan, kemiskinan serta pemilikan rumah,” kata Syed Saddiq lagi.
Beliau berkata, pelantikan itu selari dengan keinginan kerajaan untuk mengiktiraf peranan anak muda dalam pembuatan dasar negara.
Firdaus Azil
Wed Aug 07 2019

Dr Mahathir Mohamad bersama Radzi Tajuddin (berdiri, kiri), Liew Ooi Hann (tengah) dan Nadhir Ashafiq. - Gambar Kementerian Belia dan Sukan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Peniaga tempatan perlu ubah strategi perniagaan waktu PKP - Usahawan muda
Peniaga perlu bijak memanfaatkan tempoh PKP ini dengan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus meraih pendapatan dalam bentuk lebih kreatif.

PM lantik tiga anak muda anggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Keputusan itu buktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan penyertaan generasi muda ke pentadbiran dan perancangan polisi negara.